in

“Bukan GF tapi kena culik” – Wanita Ditahan Bersama Suspek Curi Kereta Polis Rupanya Mangsa Keadaan

Collage 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang ditahan bersama dua adik-beradik terlibat dalam kes pencurian kereta polis kini telah pun dibebaskan dari segala tuduhan dan penglibatan.


Sebenarnya, wanita berusia 21 tahun ini hanyalah mengsa keadaan selepas dia diculik oleh salah seorang adik-beradik tersebut yang mencuri kereta jenis Honda Civic milik Polis Diraja Malaysia, lapor NST.

Screenshot 2020 10 29 At 1.46.59 Pm

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor, wanita tersebut tak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes tersebut dan dia pun bukanlah teman wanita kepada suspek.

Wanita tersebut telah pun dibebaskan sejak Isnin lalu.

Dia bukan teman wanita suspek yang ditahan bersama-sama di dalam kereta di Shah Alam seperti yang dispekulasikan oleh netizen. Malah dia telah diambil di tempat kerjanya selepas lelaki itu menyamar menjadi pegawai polis.”

ACP Noorzainy turut mengatakan yang suspek telah mencuri dua telefon bimbit dan duit kepunyaan wanita tersebut dan ugut mahu mencederakan sekiranya wanita tersebut tak nak ikutnya ke dalam kereta polis yang dicurinya.

Suspek dikatakan mempunyai masalah mental dan berbuat demikian kerana ingin bertemu dengan isterinya yang tinggal di Klang.

 

Baca: “Curi sebab nak showoff dekat gf” -Dua Beradik Menyamar Nak Check Dashcam Sebelum Bawa Lari MPV Polis

Screenshot 2020 10 29 At 1.50.54 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.