in

“Cendolnya hidup” – Syok Sedut Air Kosong, Sekali Terjumpa Cacing Berenang

Ft Cacing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluar makan bersama rakan-rakan sememangnya kenangan yang indah. Apatah lagi sekiranya sambil menikmati juadah sambil sakan pula bercerita dengan rakan-rakan sudah pasti menyeronokkan sampai tak sedar pula dengan keadaan sekeliling.



Ye lah dah sakan berborak dan bercerita, hah main sumbat je makanan masuk dalam mulut. 

 

Tak segaja tersedut ‘cendol hidup’

Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis dari Indonesia ini apabila dia yang pada awalnya gembira dapat keluar makan bersama rakan-rakannya berakhir pula dengan mimpi ‘ngeri’ apabila dia secara tidak sengaja tersedut ‘cendol hidup’.

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di akaun TikTok @pudssssss, gadis itu berkongsikan pengalaman lucunya ketika sedang asyik menikmati hidangan ‘Pecal Lele’ di sebuah gerai bersama beberapa orang rakannya.

Walau bagaimanapun, seleranya terbantut ketika dia yang sedang ‘syok’ menyedut air kosong menggunakan straw baru perasan kewujudan objek seakan-akan cendol yang berwarna hitam sedang berenang-renang di dalam cawannya.

Cacing Kosong

 

Muntahkan kembali ‘cendol’ rupanya cacing hidup 

Bingung dengan situasi tersebut gara-gara dia hanya memesan air kosong sahaja, gadis itu memuntahkan kembali ‘cendol’ yang disedut masuk ke dalam mulutnya itu.

Setelah meneliti dengan lebih dekat, objek yang disangkakan ‘cendol’ itu sebenarnya adalah cacing yang berwarna hitam! Apa yang lebih mengejutkan, cacing yang berwarna hitam itu ternyata masih hidup dan menggeliang-geliut sewaktu diluahkan kembali.

Feat Cacing 1

Meksipun merasa ‘kembang tekak’ dengan kejadian menjijikkan itu, gadis itu memilih untuk tidak melaporkan hal itu kepada peniaga gerai berkenaan.

 

Ditonton 4 juta kali! 

Video yang dikongsikan itu berjaya meraih perhatian netizen sehingga ditonton sebanyak lebih daripada 4 juta kali! Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa geli dan jijik dengan ‘penemuan’ tersebut. Malah, ada juga yang berasa risau dengan keadaan kesihatan gadis tersebut kerana cacing yang berwarna hitam tersebut dikatakan beracun.

@pudssssss

Bisa bisanya gw ga jijik 😌

♬ original sound – Mohon bersabar – Mohon bersabar

Aduhai, min yang tengok pun geli. Lepas ni korang sebelum nak makan dan minum tu, perhati dulu jangan terus sumbat je masuk mulut okay. 

Baca: Akibat Makan Makanan Mentah! Doktor Jumpa Cacing 3cm Dalam Tekak Wanita Lepas Makan Sashimi Baca Cacing

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.