in

Cemburu Sebab Rapat Dengan ‘Pakwe’, Pelajar Perempuan Dibuli ‘Senior’ Dalam Tandas

Pelajar Perempuan Cina Ditampar Senior

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang pelajar perempuan dibuli oleh dua pelajar lain di sebuah tandas sekolah yang dipercayai di daerah Kerian, Perak sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Dalam video berdurasi satu minit 21 saat itu, pelajar yang memakai baju hijau telah menampar mangsa tiga kali manakala rakannya menampar sekali.


Mangsa juga dilihat hanya menunduk dan menahan sakit akibat ditampar seniornya tanpa melawan sedikit pun.

Artikel berkaitan: Dituduh Mencuri RM85 Jadi Punca Pelajar Kolej Vokasional Maut Dibelasah

Artikel berkaitan: Cemburu & Berebut ‘Makwe’, Punca 2 Pelajar Di Kelantan Bertumbuk

Memetik sumber Astro Awani, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kejadian sebenar telah berlaku pada 14 Jun kira-kira jam 10.30 pagi di mana mangsa dibuli oleh dua pelajar perempuan yang berusia 15 tahun di sekolah sama.

“Salah seorang suspek membawa mangsa ke dalam tandas sekolah berkenaan.

“Setibanya mangsa di situ,suspek bersama seorang lagi pelajar telah menampar mangsa berulang kali dan merakam video kejadian tersebut.”

Jelas beliau, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu suspek terhadap mangsa.

“Kejadian dipercayai berpunca dari sikap cemburu suspek kepada mangsa yang dikatakan rapat dengan teman lelakinya yang juga berusia 15 tahun dan bersekolah di sekolah menengah sama,” katanya.

Menurutnya, mangsa juga telah membuat satu laporan polis dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian buli itu.

Sumber: Astro AwaniX

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.