in

Catat Kematian Rendah, Kajian Dapati Gaya Hidup Kotor Jadi Faktor Masyarakat Di India Tidak Terjejas Covid-19

Ft India 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika virus Covid-19 melanda dunia, semua individu memainkan peranan untuk memastikan kes positif kekal rendah, tapi berbeza pula dengan negara India. Negara itu mencatatkan kes kedua positif tertinggi di dunia tapi yang menghairankannya adalah kadar kematian di negara itu akibat Covid-19 hanyalah 10 peratus daripada kematian global!


Sedangkan semua sedia maklum, kekotoran di India menyebabkan sebanyak 1.2 juta kematian setiap tahun  berpunca daripada kekurangan sumber air bersih dan isu kebersihan di sana.

Tapi yang menariknya, angka kematian yang tercatat di negara itu adalah kurang daripada dua peratus menyebabkan India adalah negara terendah yang mencatatkan kematian virus Covid-19

Namun berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Centre of Scientific and Industrial Research (CSIR) menunjukkan tahap kebersihan negara itu yang agak rendah menjadi faktor penduduk negara itu memerangi virus itu dengan lebih baik lapor The Print.

Dah macam ada super power la pula!

Capture 1 2 2

Walaupun kajian itu belum di semak semula, saintis percaya bahawa pendedahan yang tinggi terhadap parasit dan bakteria menyebabkan penduduk negara itu lebih imun kepada jangkitan kuman seperti Covid-19!

Saintis percaya kejadian ini dikenali sebagai ‘latihan imun’ dimana seseorang yang terdedah kepada kekotoran sejak kecil akan lebih mudah menangani masalah jangkitan bakteria merbahaya tersebut.

Kami melihat tahap kebersihan ini secara menyeluruh. Wujudnya hipotesis yang menyatakan sekiranya seseorang individu terdedah kepada patogen sejak kecil tubuhnya akan dapat menangani bakteria dengan baik. Ini bermakna, tahap kebersihan yang rendah akan menyebabkan lebih banyak patogen yang wujud dalam tubuh badan dan dapat membantu membentuk ketahana tubuh badan yang kuat – Shekhar Mande, Ketua Pengarah CSIR 

Capture 3 14

Jadi maknanya, sistem imuniti masyarakat di India dah kebal dengan jangkitan virus ini, sebab tu kadar kematian mereka masih rendah walaupun kes positif mereka adalah sangat tinggi.

Baca : Hanya Tinggal Kurang 10 Ekor Di Dunia, Inilah Harimau Hitam ‘Ultra-rare’ Berjaya Dikesan Di India

Capture 3 13

Sumber: AFP
Sumber: AFP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.