in

“Catat 4 rekod dunia baru!” – Penerbangan Komersial Pertama Ke Angkasa Lepas Berjaya!

Penerbangan Komersil Pertama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Guinness World Records baru-baru ini mengumumkan penerbangan komersil pertama oleh Blue Origin yang membawa 4 orang kru ke angkasa lepas telah mencatatkan empat rekod dunia!


Penerbangan yang telah berlepas pada 20 Julai lalu ini, disertai oleh Jeff Bezos, Mark Bezos, Wally Funk dan penumpang berbayar pertama penerbangan komersil ke angkasa iaitu Oliver Daeman.

Difahamkan, pada tarikh berkenaan, Blue Origin yang merupakan syarikat aeroangkasa milik Jeff Bezos ini telah melancarkan misi pertamanya ke penghujung bumi (lapisan awal angkasa) menggunakan roket yang dinamakan New Shephard.

Roket Jeff Bezos

Kru-kru penerbangan pertama ini difahamkan telah berlepas dari pangkalan syarikat tersebut di Texas dan dalam masa seminit, roket berkenaan telah mencapai Max-Q yang mana ia membolehkan semua kru merasakan pengalaman menaiki roket ke angkasa lepas!

“Kru berjaya melepasi Karman Line yang beraltitud sekitar 100 kilometer yang diakui seluruh dunia sebagai sempadan angkasa lepas”

Kru Blue Origin

Walaupun penerbangan hanya mengambil masa selama 11 minit, namun difahamkan ia berjaya mencatatkan 4 rekod dunia baharu dan menurut pihak Guiness World Records, berikut adalah 4 rekod yang telah dicatatkan :

  1. Manusia tertua ke angkasa lepas, diberikan kepada Wally Funk, berusia 82 tahun 169 hari pada 20 Julai 2021.
  2. Manusia termuda ke angkasa lepas, diberikan kepada Oliver Daeman, berusia 18 tahun 334 hari pada 20 Julai 2021.
  3. Adik-beradik pertama ke angkasa lepas pada waktu yang sama, diberikan kepada Jeff dan Mark Bezos.
  4. Kapal angkasa suborbital pertama yang membawa penumpang berbayar iaitu New Shepard RSS First Step milik Blue Origin.

Kapal Blue Origin

Difahamkan, selepas ini syarikat Blue Origin akan menerbangkan dua orang kru lagi ke angkasa lepas selain lebih banyak penerbangan dengan jumlah kru yang lebih ramai akan membuat penerbangan pada 2022.

Baca : Siap Sedia! Hotel Angkasa Lepas Yang Pertama Di Dunia Bakal Dibuka 2027

Untitled Design 1 1 E1621748253954

Sumber: Blue Origin
Sumber: Blue Origin
Sumber: Blue Origin
Sumber: Blue Origin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.