in

Wanita ‘Break Up’ Dengan Kekasih Hanya Kerana Filem Barbie

Cats 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda ada melayari media sosial belakangan ini, pasti anda perasan akan fenomena filem Barbie yang kini sedang ditayangkan di pawagam. Filem arahan Greta Gerwig ini mengisahkan tentang Barbie (Margot Robbie) dan Ken (Ryan Gosling) dalam menerokai dunia manusia.


Fenomena filem Barbie mendapat sambutan yang menggalakkan di media sosial, sehingga ada individu yang mempopularkan ideologi untuk memutuskan hubungan dengan pasangan jika mereka tidak meminati atau memahami filem Barbie.

“Bawa teman lelaki anda menonton Barbie, jika dia tidak faham filem itu…putuskan hubungan”, tulis individu tersebut.

“Jika anda bercinta dengan seorang lelaki, dan dia tidak meminati Barbie, anda perlu putus hubungan dengan dia”, tulis individu lain pula.

1

Meskipun kata-kata ini dilihat sebagai gurauan oleh peminat filem ini, namun ada wanita yang menggunakan ideologi ini sebagai sesuatu ukuran dalam perhubungan cinta.

Seorang gadis berkongsikan dia kini sedang menguji pasangannya berkenaan filem Barbie dengan menghantar ciapan dan video berkenaan filem itu. Jelasnya, dia mungkin akan memutuskan hubungan itu jika pasangannya tidak memahami tentang Barbie.

Seorang wanita lain yang tidak didedahkan nama pula berkongsi, dia bertindak memutuskan hubungan dengan pasangannya gara-gara lelaki itu tidak mahu memakai pakaian berwarna pink semasa menonton filem Barbie di panggung wayang

Kredit: HoughtNova

BACA: Wanita Ini Sanggup Lakukan 10 Pembedahan Plastik Untuk Jadi ‘Barbie Hidup’

Ss

Sumber: HoughtNova

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.