in

“Ai yai yai”- Ini Rupanya Lirik Lagu Yang Sering Dimainkan Di Handphone Mainan Dulu-dulu

F3 Ay Yai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini yang pernah melalui zaman di mana kita memiliki telefon bimbit mainan yang ada keluar bunyi dan lagu Ay yai yai yai tu? Handphone tu memang legend habis, budak yang membesar pada hujung tahun 90-an dan 2000 keatas mesti ada phone mainan tu kan.


Potongan lagu sebagai nada dering telefon mainan Barbie itu sangat terkenal pada suatu ketika dahulu namun tahukah anda lirik sebenar yang dilantunkan oleh penyanyinya?

@translate_music_melody

Butterfly – Smile #แปลเพลง #butterfly #smile #ฟีด #fypシ #ราพันเซล?

♬ Butterfly – SMiLE.dk

Baru-baru ini, lagu ini telah menjadi tular semula apabila video liriknya dikongsikan menerusi aplikasi TikTok.

Ay Yai Yai Yai 3

Ha, kalau dulu kita hanya faham beberapa patah perkataan je dalam lirik lagu tersebut iaitu bahagian ‘Ay yai yai yai, I’m your little butterfly,’ kali ini kami nak kongsikan dengan anda tentang keseluruhan liriknya yang lain.

Ay Yai Yai Yai 2
Gambar sekadar hiasan

Sebelum itu, min nak ceritakan terlebih dahulu sedikit informasi tentang lagu ini. Ia merupakan sebuah lagu bertajuk Butterfly yang telah dinyanyikan oleh kumpulan, Smile yang berasal dari Sweden.

Difahamkan, lagu berkenaan telah dilancarkan pada tahun 1998. Boleh tengok video YouTube ini untuk fahami lirik penuhnya.

Rata-rata netizen di TikTok juga mengatakan lagu ini telah menggamit memori zaman kanak-kanak mereka sebab zaman dahulu, telefon mainan dengan lagu ini sangatlah sinonim.

Photo 2022 03 26 12 10 09

Ada juga yang tak sangka rupa-rupanya lagu telefon mainan ini merupakan sebuah lagu yang memang ada penyanyinya yang tersendiri. Ramai yang pada mulanya ingat lagu ni dibuat semata-mata untuk jadi nada dering telefon mainan berkenaan.

Photo 2022 03 26 12 10 12

Menggamit kenangan zaman kanak-kanak betul lagu ni sampai terngiang-ngiang pulak lagu Ay yai yai yai yai ni dekat telinga min. 

Baca: “Producer punya”- Ada Yang Transfer Duit Ke Nombor Akaun Bank Dalam Squid Game, Rupanya Memang Ada Pemilik 

Ay Yai Yai 1

Sumber: Era.id

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.