in

“Kenapa tak ada budi bicara kalau salah?” – Saman Peniaga Burger RM50,000, Syed Saddiq Tegur Tindakan Penguatkuasa

Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial mengenai isu seorang peniaga burger yang meluahkan kekesalannya apabila mendakwa telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 oleh pihak polis.

Peniaga burger ini katanya telah dikompaun atas kesalahan berniaga melebihi waktu yang ditetapkan ketika negerinya Kelantan kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ez4Ukneuuayhv7J

Menurut Berita Harian, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan peniagaan tersebut di depan tangga rumahnya dekat Kampung Rambutan Rendang, memberitahu yang dia didatangi oleh beberapa anggota polis ketika sedang siapkan tempahan pelanggan sekitar jam 11.10 malam.

Polis kemudian telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan meniaga melebih had masa dalam PKP.

Ez4Ukkrvoaazted

Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang.

“Memang saya belum menutup kedai namun meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pekerja kilang.

“Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini,” katanya.

Peniaga ini juga menjelaskan bahawa kompaun tersebut dikenakan kerana kes berulang. Sebelum ini juga dia pernah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atas kesalahan sama.

 

“Mana rakyat nak cari duit nak bayar kompaun macam ni?” 

Perkara yang menimpa peniaga burger tersebut telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Twitter yang berpendapat nilai kompaun tersebut agak keterlaluan bagi seorang peniaga burger untuk membayarnya.

Malah tambahnya lagi, pihak polis sepatutnya menggunakan budi bicara atau menegur kesalahan peniaga itu terlebih dahulu jika mereka melakukan kesalahan.

Peniaga burger kena kompaun RM50 ribu?? Sebelum ini pelajar kena kompaun RM1,500. 

“Mana rakyat nak cari duit nak bayar kompaun macam ni? Kenapa tak ada budi bicara dan tegur kalau ada salah?” 

Posting tersebut telah mendapat sokongan netizen lain juga yang bersetuju dengan pendapat Syed Saddiq bahawa nilai kompaun tersebut agak besar dan tidak wajar dikenakan terhadap peniaga burger berkenaan.

Walau bagaimanapun, polis dalam satu kenyataan ada menjelaskan bahawa kompaun itu dikenakan kepada kedai yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu.

Nilai RM50,000 tersebut memang jumlah maksimum kompaun yang akan ditulis pada kertas saman.

“Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10,000. Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Itu cuma dinyatakan jumlah maksimum,” kata Asisten Komisoner Abdul Rahim Daud yang mengesahkan kejadian tersebut.

Harapnya adalah insan mulia yang mampu membantu abang burger ni bayar saman dia. Memang tak terbayar lah kalau ikutkan pendapatannya yang tak seberapa tu. 

Baca: Peguam Jelaskan Kenapa Ada Orang Kena Kompaun ‘Direct’ , Tapi ‘Wedding’ Tunggu Kertas Siasatan Polis

Saman

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.