Kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida menjadi satu topik paling hangat dan paling banyak dibicarakan kebelakangan ini. Kes itu menarik ramai netizen di dalam dan luar negara kerana terdapat beberapa konspirasi mengenainya.
Disebabkan itu, Dato’ Ustaz Kazim Elias yang merupakan antara pendakwah yang dikenali di Malaysia mengeluarkan sebuah kenyataan yang mengatakan orang Malaysia dan umat Islam terutamanya terlalu melebih-lebih dan seakan obses dengan kes tersebut.
@saidah_sprdn Pesanan #UstazKazimElias #CapCut
Ustaz Kazim juga berkata netizen terlalu mengikuti kes tersebut sehingga terlupa Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.
“Orang kita ni tiada kena mengena dengan dia, dia sibuk. Aktres Thailand mati, Tangmo. Sibuk siang malam, siapa bunuh dia kesian.
Siang malam cerita Tangmo, Tangmo apa? Lantaklah dia dah mati tiada kena mengena dengan kita pun. Nak kata sepupu pun tidak, anak saudara pun tidak, sibuk hal orang ” katanya dalam sebuah ceramah di masjid.
Bagaimanapun, video pendek yang dimuat naik semula di TikTok oleh @saidah_hadi itu mengundang kritikan daripada netizen kerana ramai yang menganggap Ustaz Kazim tidak perlu memperlekehkan kematian orang lain.
Dalam video yang sama, Ustaz Kazim juga menyatakan terlalu banyak lagi perkara yang lebih bermanfaat yang boleh diperbincangkan.
Hmm, apa pendapat korang pulak?
Baca: “Mana-mana rancak, pahala” – Gelagat Ustaz Kazim ‘Merempit’ Ke Kelas Buat Ramai Terhibur