Seorang lelaki berperwatakan wanita (Mak Nyah) ditemui mati semalam dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh di lorong berdekatan Jalan Horley, Kampung Jawa, Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat mangsa ditemui seorang pekerja hotel kira-kira pukul 6 pagi (Rabu) dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian.
Artikel berkaitan: Tiada Unsur Jenayah Dalam Kes Lelaki Taiwan Maut Dig*lis LRT – Polis
Artikel berkaitan: Lori Buat Pusingan U Secara Haram, 3 Terkorban Dalam Kemalangan Tragis
“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada pukul 4.24 pagi menunjukkan mangsa dikejar sebuah lori bonded berwarna putih sebelum berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa.
Mangsa yang jatuh di hadapan kenderaan itu kemudiannya digilis sebelum ditinggalkan di lokasi kejadian,” katanya.
Terbaru, difahamkan suspek berkenaan sudah pun ditahan di Terminal Bas Bersepadu TBS di Kuala Lumpur.
Pemandu lori berusia 31 tahun itu turut dicekup dengan lori bonded yang dipandunya itu, kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.