in

“Bunga cengkih tu ambil dekat dapur mak ke?” – Gelagat Adik Bagi Bunga ‘Special’ Masa Graduasi Kakak.

Feature Image Cengkih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh nak dikatakan sekarang ni memang sedang musim Konvokesyen. Setiap hari kalau buka media sosial mesti akan ada je orang post gambar graduasi.


Apabila majlis konvokesyen mesti akan ada kelainan yang ditonjolkan. Tak kira lah dari segi cara berpakaian ke, cari berselfie ke, mesti akan ada yang unik.

Baru-baru ni, tular sebuah video pendek berdurasi lebih kurang 45 saat yang menunjukkan seorang adik lelaki nak bagi hadiah kepada kakaknya bersempena hari gaduasi.

Menurut @raihanaroslan kalau dapat bunga segar semasa majis Konvokesyen merupakan perkara biasa.

Disebabkan itu, adik lelakinya itu memberikan bunga cengkih yang dibungkus dalam tisu sebelum diberi

Because getting fresh flowers is too mainstream so he decided to give me bunga cengkih

Dalam video itu juga dia kelihatan teruja ingin tahu apa yang berada dalam bungkusan berbalut tisu.

Adiknya turut memberitahu bahwa ia adalah bunga namun tidak memberitahu itu merupakan bunga cengkih.

Cengkih 3
Sumber: twitter

Video ini telah mendapat tontonan sebanyak 321.1 ribu, 30.3 ribu retweet, dan 26.9 ribu like.

Warganet yang telah menonton video ini turut berasa terhibur dan kagum dengan kreativiti adik lelakinya itu.

“Adik kau genius”

Komen Cengkih 3
Sumber: twitter

“Mass dia grad bagi bunga lawang”

Komen Cengkih 2
Sumber: twitter

“Bunga cengkih tu beli ke ambil dekat dapur?”

Komen Cengkih 1
Sumber: twitter

Ada juga warganet yang berkongsi pengalaman yang sama. Tapi dia bagi bunga kantan lah, haishh macam-macam.

Komen Cengkih 5
Sumber: twitter

Alahai macam-macam betul lah sekarang ni, kreatif betul sampai ke bunga cengkih pun dibuat hadiah masa konvo.

 

Baca: “Bukan pakai duit PTPTN” – Graduan Tayang iPhone 11 Masa Konvo Tepis Tohmahan Netizen Yang ‘Bitter’ Dengannya

Ihone 11 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.