in

“Bukti video ada, pergi je report” – Tular Video Lelaki Pandu Audi Buli Wanita Mengandung Atas Jalan Raya

Feature Image Audi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni memang dah banyak kali berlaku kes buli di jalan raya. Ada sampai yang sanggup berhentikan kereta dekat tengah-tengah jalan raya hanya untuk bertumbuk. Tapi bila dah kena tangkap dengan polis baru lah nak sedar silap masing-masing.



Baru-baru ni, tular video berdurasi 4 minit 20 saat menunjukkan seorang wanita yang dikatakan mengandung 7 bulan di buli di atas jalan raya oleh lelaki yang memandu kereta audi.

Kejadian ini berlaku pada Jumaat lepas di Johor Jaya, berhampiran dengan Pasaraya Giant Plentong, Johor Bahru.

Menurut laman Facebook, JB Traffic Report, kejadian ini berpunca apabila lelaki yang memandu kereta audi itu ingin menukar ke lorong paling kanan namun lupa menghidupkan signal kenderaanya dan kemudian kena hon dengan wanita tersebut.

Salam min.. Tlg viral kn driver Audi biadap ni.. Nk tukar lorong x bagi signal lepas tu block kereta wife sy secara…

Posted by JB TRAFFIC REPORT on Saturday, November 9, 2019

Berang akibat di hon, lelaki itu kemudiannya memberhentikan keretanya di tengah-tengah jalan di hadapan kereta wanita tersebut sebelum memarahinya.

“Saya bawa anak tau, bengong”

“Bengong tau bawak kereta ke tak?” katanya.

Masih tak puas hati!

Bagaimanapun, kedua-dua individu berkenaan mengaku silap masing-masing namun perkara ini tidak habis begitu sahaja.

Audi 4
Sumber: facebook

Lelaki itu kemudiannya meneruskan perjalanannya namun tiba-tiba sahaja memberhentikan kenderaan dan keluar dari kereta menuju ke arah kereta wanita tersebut sebelum dia mengambil gambar kereta dan muka wanita tersebut.

Audi 3
Sumber: facebook

Namun menurut Harian Metro, lelaki ini telah pun ditahan oleh pihak polis selepas menerima laporan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, polis bertindak atas laporan yang dibuat mangsa Jumaat lalu, sepasukan polis menjalankan siasatan termasuk meneliti kenderaan yang digunakan suspek.

“Hasilnya, kita berjaya menahan suspek lelaki berusia 27 tahun di sekitar Permas Jaya pada 12 tengah hari tadi.

“Penahanan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut admin pula, kalau kita tengah drive atas jalan raya, tolong lah timbang rasa antara satu sama lain. Masing-masing jangan tunjuk lagak. Kan sama-sama guna jalan tu.

 

Baca: “Patutnya wife tenangkan, ni dia api-apikan pulak” – Video Dua Lelaki ‘Bertomoi’ di Plaza Tol Gara-gara Tak Puas Hati Atas Jalan Raya

Tomoi

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.