Anda pernah bermain dodge ball mengelak bola dari terkena pada anggota badan?. Jika anda mempunyai fleksible yang baik dan mampu membuat balingan yang padu, anda mungkin pemain yang dicari.
Adegan aksi seorang lelaki melompat dan mengelak dari dirinya terkena balingan bola dari pihak lawan menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Bukan mudah untuk melompat dan mengelak dalam satu masa yang sama dan anda perlukan latihan dan kemahiran untuk melakukan aksi begitu.
Lelaki itu kelihatan tenang dan mengelak segala balingan bola dari pihak lawan.
Permainan ini juga bukanlah permainan yang sesuai untuk orang yang tidak berani kerana anda perlu berhadapan musuh dan mengelak dari diserang.
Jika tersalah langkah balingan itu boleh terkena pada muka anda dan pastinya sakit itu tidak boleh dikatakan.
Rata-rata netizen yang melihat video itu sangat teruja dan turut merasakan debaran mengelak bola dari musuh.