in

“Bukan semata-mata seks” – Hanya Peneman? Dua Wanita Dedah Kehidupan Sebenar Mereka Sebagai ‘Sugar Baby’

Collage 50

Baru-baru ini, aplikasi Sugarbook telah menjadi bahan bualan ramai bila pengasasnya memberitahu kebanyakan sugar baby di Malaysia adalah datang dari pelajar-pelajar universiti awam dan swasta.

Malah, ekoran dari pendedahan itu, laman web tersebut telah pun disekat dan pengasasnya juga telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Tapi, adakah tindakan ini akan hentikan gejala sugar baby-sugar daddy ni?

“Benda ni dah wujud sebelum zaman internet lagi”

20200309 Woman

Memetik laporan dari FMT, dua wanita yang telah berkecimpung dalam industri ini mengatakan yang rangkaian industri ini dah terlalu panjang dan banyak jadi untuk hentikan industri ini adalah mustahil.

Menurut salah seorang wanita bernama Alex, kebanyakan orang yang dah biasa menjadi sugar daddy ni adalah orang-orang yang benar-benar kaya.

Sugarbook disekat pada pendapat saya tak menjadi isu untuk orang yang dah biasa dengan scene ini. Benda ni dah wujud sebelum zaman internet lagi.

Kata Alex lagi, dia biasanya dapat offer bekerja sebagai sugar baby dari Twitter malah ada juga permintaan yang diiklankan dalam beberapa grup WhatsApp.

Pun begitu, platform sugar baby seperti Sugarbook ini lebih selamat kerana laman web seperti ini biasanya akan buat semakan latar belakang dulu.

Jadi sugar baby ni sentiasa ada risiko. Bukan je sugar daddy lebih berkuasa kerana ada duit, dorang juga biasanya lebih berusia.

Disebabkan ini, kadang-kadang ada yang paksa atau letakkan tekanan kepada sugar baby untuk buat benda lebih dari apa yang dijanjikan sebelum berjumpa/”

Selain masalah keselamatan dan potensi untuk ditipu, Alex juga berkata kalau nak masuk dalam industri ini, dorang juga perlu berahsia. Kerana bukan sahaja, masyarakat merasakan yang sugar baby ini seperti pelacur malah sugar daddy juga perlu menjaga reputasi mereka dikalangan keluarga dan pekerjaannya kerana kebanyakannya lelaki berusia mempunyai gelaran kehormat.

Tapi, kebanyakan sugar daddy yang mencari sugar baby ini ada sebab-sebab yang tersendiri. Ada yang hanya mahukan peneman dan ada juga yag nak lebih.

Wanita ini turut berkata yang dia datang dari keluarga yang sederhana dan memerlukan wang bila dia masuk ke universiti.

Anda tak dipaksa untuk melakukan seks atau apa-apa sahaja, itu ikut kehendak sendiri. Platform seperti Sugarbook ini hanya hubungkan anda dengan orang yang ada duit atau kedudukan.”

Tambahnya lagi, sepatutnya orang lebih fokus kepada masalah remaja yang menganggur berbanding aplikasi tersebut kerana kebanyakan pelajar ada masalah untuk beli buku dan bayar yuran serta terpaksa menyewa rumah dan bayar pengangkutan awam.

Tapi untuk pelajar-pelajar universiti buat kerja sambilan kadang kala sukar kerana jadual mereka padat dengan kelas, peperiksaan dan assignment.

Tak pernah buat benda seksual sepanjang jadi sugar baby

Dating An Older Man 1566467315

Seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Sarah mengatakan yang dia tak pernah melakukan perkara yang seksual sepanjang menjadi sugar baby.

Bila saya bercakap dengan lelaki, biasanya kami akan bercakap tentang perkara intelektual seperti politik dan isu semasa, saya rasa macam dibayar untuk duduk dan jadi cantik tapi juga menjadi seorang kawan.”

Tambahnya lagi, pendapatannya bergantung kepada sebanyak mana “party job” yang dia dapat.

Party job adalah bila seseorang memerlukan sekumpulan wanita untuk menemani lelaki pergi ke parti persendirian, kelab malam mahu pun lounge.

Tapi untuk dapat pekerjaan ini agak sukar kerana ia menjadi rebutan ramai gadis.

Ramai yang akan mohon untuk pekerjaan yang diiklankan dan peluang untuk terpilih tu sangat tipis.”

Mungkin dalam seminggu dapat job setiap hari kadang-kadang tiga minggu tak ada langsung. Ada beberapa kali saya dibayar RM800 untuk lima jam dan RM150 untuk jam seterusnya.”

Katanya lagi, sepanjang dia buat party job, dia biasa melihat orang terkenal dikalangan VIP.

Sarah turut memberitahu yang kebanyakan gadis yang pilih untuk jadi sugar baby ni bukan hanya kerana perlukan duit lebih, ada juga yang dijanjikan dengan kemewahan dan kehidupan yang glamor. Kerana ini, ramai gadis dari luar negara dan tempatan mampu untuk hidup mewah.

 

Baca: Disyaki Tawar Khidmat Pelacuran, Pengasas ‘Sugarbook’ Bakal Direman Hari Ini

Screenshot 2021 02 24 At 11.11.07 Am

Sumber: Asia One