Kita dapat lihat Covid-19 yang melanda di negara ini telah meragut banyak nyawa. Sehingga kini, sebanyak 12,784 angka kematian dicatatkan, lapor KKM.
Tidak mustahil mereka yang merupakan pekerja barisan hadapan juga mungkin ada yang ‘gugur’, mengenang jasa dan pengorbanan mereka. Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyenaraikan senarai nama guru-guru yang ‘pergi’ akibat Covid-19, namun begitu ia menjadi satu pertikaian apabila….
Ada pewaris sangkal dakwaan meninggal dunia sebab Covid-19
Dalam tweet beliau semalam, Maszlee Malik mengatakan semua nama senarai guru-guru itu diambil dari Fb kami Guru Malaysia, dakwa kesemua nama guru-guru ini meninggal dunia akibat Covid-19, beliau yakin bahawa ada ramai lagi guru yang masih belum dikenalpasti.
Memandangkan tweet tersebut telah meraih 9.6K jumlah retweets, ia telah mendapat perhatian beberapa orang waris dan orang terdekat daripada nama-nama dalam senarai tersebut lalu memberikan penerangan bahawa ahli keluarganya itu bukan meninggal sebab Covid-19.
Disebabkan itu, ramai netizen mempertikaikan perkongsian ini kerana ia boleh menimbulkan salah faham.
Biarpun apa sebabnya jasa guru-juru ini memang patut dikenang, Apapun, Al-fatihah kepada mereka yang terlah pergi sepanjang waktu pandemik tidak kiralah samada sebab Covid-19 atau tidak. Al-fatihah.
Baca : Jenaka Rogol: “Bersuara tentang isu Ain Husniza atau letak jawatan” – Maszlee Malik