in

“Bukan nak jatuhkan PN” – Desak Benarkan Pengeluaran One-Off RM10K, Ketua Pemuda UMNO Nafi Konspirasi Jatuhkan Kerajaan

Pemuda4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belanjawan 2021 yang disiarkan baru-baru ini masih hangat diperkatakan daripada ahli politik hingga ke orang awam lebih-lebih lagi berkenaan dengan usul pengeluaran sekaligus simpanan wang pekerja KWSP.


Selepas belanjawan dibentang, parti Barisan Nasional telah meletakkan syarat jika ingin mereka menyokong belanjawan tersebut. Syaratnya ialah, membenarkan rakyat untuk mengeluarkan secara one-off sebanyak RM10,000.

Perkara ini menjadi buah mulut netizen hingga ada yang membuat teori perkara ini hanya untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, ketua pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan tuduhan ini. – Sinar Harian

Beliau menjelaskan, kerajaan PN perlu mempertimbangkan syarat itu kerana ia merupakan permintaan rakyat dan tidak sewajarnya suara akar umbi diabaikan.

Pemuda1

“Bagi yang tidak setuju katakan sahaja tidak setuju dan alasannya. Tak perlu buat sangkaan pelbagai kononnya nak jatuhkan kerajaan.

Cubalah selami suara hati rakyat majoritinya sesak dan terdesak dalam kecemasan kini, hingga menagih dan mengharapkan duit mereka sendiri untuk dikeluarkan.”

“Apabila Pemuda UMNO suarakan sokongan, ia hanyalah manifestasi suara rakyat yang perlu kita sama-sama perjuangkan.

“Jangan nanti kita dihukum rakyat akibat kesombongan kita dalam menafikan suara hati mereka buat kesekian kalinya!”

 

Baca : Individu Layak Boleh Mula Mohon Pengeluaran Akaun 1 KWSP Bulan Depan

Untitled Collage 74

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.