‘Anak istimewa’ ni boleh dikatakan sebagai satu anugerah yang diberikan oleh Pencipta bagi menguji kesabaran dan juga kekuatan ibu bapa untuk menjadi insan yang lebih baik demi keluarga tercinta.
Min yakin, mesti ramai yang kenal dengan keluarga Adam’s Autism Family ni kan? Boleh kata semua platform media sosial diorang dijadikan sebagai perkongsian kehidupan harian anak lelaki mereka iaitu Adam.
Baru-baru ini, ayah kepada Adam, Iman Wan Tuck Meng telah mendedahkan perasaan sebenarnya melalui luahan yang dibuat semasa menjadi panel untuk talkshow. Perkongsian itu dimuat naik di akaun TikTok @adamsaustismfamily.
@adamsautismfamily The next time you say you wish to also have anak syurga… think first #adamsautismfamily #autism #autismparents #patience #anaksyurga #blessings #blessingindisguise #ujianhidup #ujianallah
“Diorang taktau apa yang diorang cakap”
Menerusi video berdurasi 58 saat itu, Iman berkata bahawa dirinya kerap menerima ucapan dari orang ramai bahawa dirinya begitu bertuah mempunyai ‘anak istimewa’ kerana boleh dapatkan ‘tiket free’ untuk ke syurga.
“Diorang bagitahu yang diorang harap ada anak macam Adam. Diorang tak tahu apa yang diorang cakap. Diorang tak faham realiti sebenar bila ada anak macam Adam” – Luah Iman
Tambahnya lagi, mempunyai ‘anak syurga’ seperti yang diperkatakan oleh orang ramai bukanlah satu jaminan bahawa dirinya akan berada di syurga dan ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dijalankan.
Bukan itu saja, dia turut mengatakan bahawa itu sememangnya takdir buat dirinya untuk menjaga Adam dan mencuba yang terbaik sebagai bapa kerana Iman menganggap bahawa setiap ujian itu mempunyai hikmah yang tersendiri.
https://www.instagram.com/p/Ce-7c4tpOgL/
Sharing dari bapa Adam ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata sebak kerana ada yang mengatakan manjaga anak istimewa ini bukanlah mudah dan perlu mempunyai kesabaran yang tinggi.
Berkaca mata min tengok video ni.Huhuhu….
Baca: “Amazing father” – [VIDEO] Netizen Puji Ayah Layan Adam Menari ‘Rain Dance’ Untuk Pujuk Masuk Kereta