in

“Bukan Erdogan” – Ramai Terhibur Tengok Fahmi Fadzil Jawab ‘Call’ Ketika Sidang Media

Fahmi Fadzil Angkat Call

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kabinet Malaysia ialah cabang eksekutif Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri, ia juga adalah sebuah majlis menteri yang bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen.

Jumaat lepas, Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan barisan kabinet yang bakal memimpin kementerian-kementerian di Malaysia.


Salah seorang yang telah diberi tanggungjawab dalam jemaah menteri ialah Yang Berhormat (YB) Fahmi Fadzil yang memegang portfolio Menteri Komunikasi Digital, beliau juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Hari ini, sebuah video pendek memaparkan gelagat Ketua Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghiburkan netizen.

Video pendek itu merupakan sedutan daripada sidang media petang tadi, di mana ia memaparkan YB Fahmi Fadzil mengangkat panggilan telefon dan beliau sempat berjenaka memberitahu panggilan telefon itu bukanlah daripada Presiden Turkiye iaitu Recep Tayyip Erdoğan seperti yang terjadi kepada PM sebelum ini.

Lebih menghiburkan, dalam keadaan yang serba kalut itu beliau rupanya diperlukan di tempat lain di mana PM sedang membuat sidang media berbeza.

“Terhibur tengok gelagat YB!” 

Walaupun ia merupakan video yang pendek tetapi ramai entizen yang terhibur dengan perwatakan serta telatah menteri tersebut.

Ffac

Adoi, lawak lah YB ni!

Baca: “Muda remaja lagi” – Ramai Tak Sangka Rupanya Fahmi Fadzil Pernah Berlakon Dalam Gol & Gincu Sebelum Masuk Politik

3Ff

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.