in

Bukan Amad Sahaja Kena ‘Sesuatu’ Ketika Buat Persembahan TTMM, Aisha Retno Pun Sama?

syaz ft 2025 10 13T162148.002

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Aisha Retno mendedahkan dirinya tiba-tiba pengsan selepas mengalami serangan panik di belakang pentas ketika pentas akhir Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, memaklumkan keadaan dirinya kini stabil walaupun belum pulih sepenuhnya.


Artikel berkaitan: Konsert Solo Aisha Retno Dibatalkan Gara-gara Jualan Tiket Yang Rendah

Artikel berkaitan: “Bukan faktor kesihatan, komen atau penat tetapi…. ‘ – Siti Nurhaliza Kongsi ‘Keadaan’ Amad

cats 2

“Saya di situ dengan penuh semangat meskipun ‘tumbang’ seketika (pengsan). Kepada yang bertanya, saya tidak berada di hospital sebab saya enggan ke sana.

Alhamdulillah, pengsan mengejut dan sedikit serangan panik tadi (semalam) hanya berlangsung selama beberapa jam sahaja.

Sekarang saya sudah sedar walaupun belum pulih sepenuhnya,” katanya dalam hantaran di InstaStory.

Pelantun lagu Sutera itu turut memohon maaf kerana belum sempat membalas mesej daripada mereka yang prihatin terhadap dirinya, selain memohon doa agar diberikan kesihatan yang baik.

1 1

“Saya sedang berehat sekarang, maaf kerana belum dapat membalas mesej tapi insya-Allah saya akan jawab apabila sudah kuat sikit untuk bangun dan berjalan.

Doakan kesihatan saya ya dan saya juga mendoakan agar semua yang menonton berada dalam keadaan sihat sentiasa, kesihatan memang keutamaan,” katanya.

Selain itu, Aisha turut mengucapkan tahniah kepada anak penyanyi Liza Hanim, Marsya, yang dinobatkan sebagai juara TTMM.

 “Alhamdulillah, tahniah atas kemenangan sayangku Marsya. Satu penghormatan dapat berkongsi malam kemenangan bersama awak.

Seronok sangat dapat buat susunan muzik dan menyanyi bersama. Memang dia bintang sedang bersinar, sangat mudah dan rendah diri untuk bekerjasama.

Terima kasih juga kepada Liza Hanim kerana menjemput saya,” jelasnya.

Terdahulu, Aisha tampil sebagai penyanyi jemputan berduet bersama Marsya menerusi lagu Lay Me Down nyanyian asal Sam Smith.

Pentas Grand Finale TTMM turut menyaksikan pasangan Shuib dan Thalita dinobatkan sebagai naib juara, diikuti Sharifah Shahirah dan Auddra di tempat ketiga.

Sementara itu, Ameng dan Ammar serta Ina Naim dan Hadie masing-masing berada di tempat keempat dan kelima, manakala Siti Saerah dan Amad menamatkan saingan di kedudukan keenam.

 

Sumber: Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.