in

“Bukan aku!” – Tular Kes Pelakon Lelaki ‘Sado’ Pukul GF, Ammar Alfian Nafi Itu Dirinya

Syaz Ft 2024 07 09T110310.794

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, kecoh di media sosial apabila seorang pelakon berbadan sasa dikatakan telah memukul teman wanitanya pada jam 3 pagi hari Ahad lalu.


Menurut laporan Harian Metro, difahamkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang Isnin.

Artikel berkaitan: “Sanggup kau bang” – Isteri Dipukul Lepas Suami Didakwa Kantoi ‘Check-In’ Dengan Perempuan Lain

Artikel berkaitan: “Sini I lempang you” – Pelajar IPT Didakwa Pukul GF Walaupun Mangsa Meronta, Minta Berhenti

“Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi,” katanya.

Berita itu menjadi topik bualan hangat dan nama seorang pelakon ‘naik’ susulan ciri-ciri yang didedahkan oleh pihak polis.

Pelakon yang dimaksudkan ialah Ammar Alfian, namun pelakon filem Paskal itu menafikan itu dirinya menerusi laman Instagram.

1 9

Sebagai info, teman wanita kepada pelakon itu difahamkan membuat laporan di Balai Polis Sea Park dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Salah orang guys, maybe boleh siasat lagi…

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.