in

“Bukalah pintu, nak masuk…” – Pakcik ‘Creepy’ Intai, Ketuk Pintu Nak Ajak Pelajar Lelaki Tidur Sekali

Pakcik Kunyit Intai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Bukalah pintu, nak masuk..." - Pakcik 'Creepy' Intai, Ketuk Pintu Nak Ajak Pelajar Lelaki Tidur Sekali
Loading
/

Kebanyakan kes viral yang kita dengar, mesti perempuan yang kena kacau dengan lelaki kan? Tapi kali ni lain macam sikit, sebab pelajar lelaki post pasal dia diganggu dengan seorang pakcik. Amboi pakcik….

Pelajar bernama Syafiq tu ada buat posting dekat Twitter dan terus dapat perhatian ramai netizen sebab kes dia lain dari yang lain. Kata Syafiq, pakcik tu adalah jiran dia dekat tingkat atas dan sedar yang lelaki tu selalu ‘usha’ dia dari rumah. Tapi, satu hari tiba-tiba pakcik tu ambil tindakan berani untuk cuba ‘mendekati’ dia.


“Sumpah aku takut tiba tiba pakcik ketuk pintu kuat gila, sebab selama ni dia usha usha je dekat atas rumah dia.”

Masalahnya, pakcik tu bukat setakat suka ‘usha’ tapi pandang ‘ada makna’. Rupanya, dia tahu yang hari tu Syafiq tinggal seorang dekat rumah sewa dia sebab housemate keluar.

Pakcik
sumber: twitter

So, dia pun ambil kesempatan untuk ‘berkenalan’ dengan lebih dekat. Bukan setakat nak kenal, dia siap ‘pancing’ Syafiq dengan makanan dan ajak pergi rumah dia dekat tingkat atas tu untuk tidur sekali!

“Hari ni, aku tinggal sorang, baru dia berani turun ketuk rumah ajak aku tidur sekali. Siap offered aku kfc lagi sebab nak masuk rumah.”

Korang boleh dengar melalui voice note yang Syafiq upload sekali dengan tweet tu. Dia sempat rakam perbualan dengan pakcik ‘creepy’ tu untuk dikongsi dengan kawan dekat Whatsapp group.

“Bukalah pintu, saya nak masuk…”

Bila Syafiq taknak buka pintu, pakcik tu suruh pula dia call housemate (kira minta izin untuk benarkan pakcik ni masuk la). Lepas dah ‘pancing’ dengan KFC, dia cuba cara lain pula. Dia buat buat tanya Syafiq,

“Awak tak mengantuk ke?”

“Bosan pula korang tak ada, sunyi rumah tu. Kalau tidak, ada orang.”

Syafiq sempat pesan dekat orang lain supaya berhati-hati bila berseorangan dekat rumah dan jangan mudah termakan dengan kata-kata. Ramai juga lelaki kongsi pengalaman dorang yang lebih kurang sama lepas baca and dengar perbualan Syafiq dengan pakcik tu.

Kongsi 1 Kongsi 3 Kongsi 4

Kongsi 5
sumber: twitter

Dengar perbualan Syafiq dengan pakcik tu:

Baca: Kantoi Intai Orang Tukar Baju Dalam Bilik Persalinan

Pen Kamera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.