in

Budak Tadika Berusia 5 Tahun di Ampang Dipukul Cikgu Kerana Salah Tulis Angka ‘3’

Page Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Murid tadika yang baru belajar menulis pastinya masih mempunyai masalah untuk mengawal tangan dan memahirkan diri dalam menulis. Hal yang demikian, ibu bapa serta guru tadika perlulah membantu memperbaiki kemahiran menulis anak-anak itu.

Mengajar kanak-kanak memerlukan kesabaran yang tinggi. Sehubungan dengan itu, apa yang terjadi baru-baru ini menunjukkan antara contoh yang tidak baik dan harus dielak sekiranya ingin menjadi seorang guru tadika.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah dipukul di bahagian muka oleh guru yang mengajarnya. Alasan kanak-kanak ini dipukul hanyalah kerana tidak dapat menulis angka ‘3’ dengan baik. Biar betul…

Kejadian yang berlaku pada 24 Januari di Ampang itu telah dikongsi oleh ibunya di akaun Facebook yang kini telah dipadam. Ibunya memberitahu bahawa dia menyedari parut di bahagian kiri muka anaknya ketika pulang dari tadika.

Dera3
sumber: wob

Apabila ditanya, kanak lelaki itu memberitahu ianya adalah perbuatan guru di tadika. Pada mulanya, wanita itu menyangka anaknya dipukul kerana berkelakuan nakal, namun hal sebenar terbongkar apabila melihat buku latihan anaknya.

Anak lelakinya kemudian mengadu bahawa dia dipukul oleh gurunya kerana menulis angka tiga yang mempunyai lubang di bahagian tengah. Sejak itu, barulah ibunya menyedari mengapa anaknya mula liat untuk ke sekolah dan sering meminta neneknya untuk mengajar cara menulis angka tiga.

Dera2
sumber: wob

Oleh itu, ibu dan nenek kanak-kanak itu telah mengunjungi tadika tersebut bagi mendapatkan penjelasan daripada guru yang kebetulan mengambil cuti kerana menjaga ibunya di hospital.

Justeru itu, pengarah tadika tampil untuk menyelesaikan masalah berkenaan di antara mereka. Apabila guru tersebut dihubungi, dia mengaku telah memukul budak lelaki itu di telapak tangan sahaja kerana tidak fokus di dalam kelas. Guru itu menafikan memukul kanak-kanak lelaki terbabit di bahagian muka.

Dera4
gambar hiasan

Guru-guru lain di tadika berkenaan juga turut disoal dan mereka menjelaskan bahawa langsung tidak menyedari akan parut di muka kanak-kanak tersebut.

Oleh kerana kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan, ibu kanak-kanak itu mengambil keputusan mengeluarkan anaknya dari tadika berkenaan serta menuntut bayaran balik yuran yang telah dibayar.

Biasalah tu budak salah tulis. Janganlah sampai pukul pulak.

Baca: Guru Tadika Disiplinkan Pelajar Nakal Dengan Ikat Mulut dan Tangan, Jadi Bualan Ramai

Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.