Bapa kepada penyanyi Ziana Zain iaitu Zin Abdullah dilaporkan meninggal dunia pada jam 3.32 petang semalam. Menurut Harian Metro, Allahyarham Zin, 87 yang meninggal dunia di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam dan disemadikan Tanah Perkuburan Islam Elmina.
Bercerita mengenai sikap arwah bapa, penyanyi lagu Berpisah Jua ini mengatakan arwah bapanya seorang yang pemurah dan suka memudahkan urusan. Jadi, tidak hairanlah segala urusan proses pengebumiannya berjalan lancar.
Artikel berkaitan : SPRM Tak Beku Akaun Bank Ziana Zain & Datuk Jalaluddin, Terima Bayaran Antara RM150K-RM400K
Artikel berkaitan : Ziana Zain, Datuk Jalaluddin & Dr Sheikh Muszaphar Hadir Ke SPRM Guna Pintu Belakang
“Hilang satu doa saya”
Jelas Ziana atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Gee ini, dia sudah membuat persediaan secara mental dari awal setelah mendengar khabar berita daripada doktor berkenaan dengan jangka hayat arwah bapanya itu.
“Sooner or later kita akan kena hadap benda ni. Abah tu urusan dia sangat senang sebab Kak Gee percaya kerja dia sebagai polis tu selalu menolong orang dan selalu menyelesaikan masalah orang.”
“Jadi Allah permudahkan dia dan dia adalah orang yang pemurah, sentiasa suka bagi orang makan, so orang ramai tengok je hari ini macam mana. Alhamdulillah. Memang rasa sedih tu ada, tapi saya dah kena ada satu mindset sebab doktor dah kata sooner or later.“
Namun begitu, apa yang membuatkan dia tidak dapat menahan air mata adalah apabila mengenangkan bahawa dirinya kini sudah kehilangan satu doa dan kini hanya bergantung kepada doa daripada ibunya sahaja.
“Cuma Kak Gee dah tak ada sorang dah nak doakan untuk Kak Gee dan anak-anak, tinggal mak seorang je. Itu yang saya sedih.”
“Tapi Kak Gee kena kuatlah, Kak Gee ada mak ada adik-adik, anak-anak dan kami adalah keluarga yang sangat united, bapa dah ajar, we have to be united no matter what happened, alhamdulillah didikan mak dan bapa itu, sehingga ke hari ini dan nafas terakhirnya kami masih bersatu.”
“Akhirnya kita lima-lima dapat pegang abah, dapat jaga abah dalam satu rumah, syukur alhamdulillah. Dia adalah tulang belakang bagi kerjaya saya dan Anuar Zain dialah yang ajar saya menyanyi, tarik nafas, macam mana nak keluarkan perkataan itu semua dia yang ajar.”
Tulang belakang kerjaya
@mstarmalaysia “Hilang satu doa saya” – Arwah bapa tulang belakang kerjaya Ziana, Anuar Zain #beritatiktok #mstar #zianazain
Luahnya lagi, kehilangan arwah Pak Zain memberikan impak besar terhadap dirinya kerana arwah bapanya itu merupakan tulang belakang untuk kerjaya nyanyiannya ini.
Malah ia membuatkan Ziana terkenangkan kata-kata, nasihat, pesanan dan juga sikap supportive bapanya terhadap dirinya.
“Dia sangat titik beratkan penampilan, sampai sekarang, walaupun dia sakit, dia cakap ‘kau pergi mana? Siapa buat makeup kau? Haa, abah suka’. Nanti balik kita akan tunjuk gambar, cantik ni, sampai sekarang walaupun dia dah terlantar.”
“Dia pesan buat kerja seikhlasnya, nyanyi seikhlasnya, ini kerjaya, ini rezeki kita, apapun bila kita di atas pentas orang akan rasa kau punya aura, kata dia. Bagi yang terbaik masa itu, saya masih ingat pesan dia.”
Sumber : Harian Metro, TikTok