in

Buat Content Menang Cabutan Bertuah, Netizen Dakwa Aisar Khaled ‘Kaki Kencing’?

Aisar Khaled Kaki Kencing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut saja nama Aisar Khaled, pasti ramai mengenali pempengaruh media sosial ini yang seringkali menarik perhatian ramai apabila menjadi antara terawal dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan.

Baru-baru ini, nama Aisar menjadi bualan ramai apabila dia menjanjikan cabutan bertuah sebuah kereta jenama Mercedes dengan syarat pengikutnya membeli minyak wangi jualannya.


Syaratnya yang begitu mudah membuatkan ramai pengikutnya yang berimpian untuk memiliki hadiah yang dijanjikan itu.

Artikel berkaitan: “Macam ni ke bersedekah?” – [VIDEO] Aisar Khaled Baling Hadiah Dari Atas Kren, Tapi Respon Netizen…

Artikel berkaitan: Lepas Aisar Khaled Hadiahkan Motosikal Baru, Achey Pula Nak Bantu ‘Repair’ Motor Lama Abang ‘Rider’

@aisarkhaledd

Saya Perlukan Idea , Sebanyak Nilai 400 ribu Saya Akan Keluarkan 30 Disember 2023 Ini , Saya Penipu ? Kita Tengok . #cabaran #sedekah #kereta #fyp #event #aisarkhaledd #masukberandafyp #aklegacyteam #xyzbca #motor

♬ Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

Bagaimanapun, ada segelintir pihak meluahkan rasa tidak puas hati apabila pempengaruh itu sering mengadakan cabutan bertuah pelbagai barangan mewah namun hadiah tersebut tidak pernah diberi kepada pemenang ataupun diberi kepada kroninya sahaja.

Susulan itu, netizen mendakwa bahawa itu hanyalah marketing semata-mata namun ramai yang masih terjerumus dengan janji yang ditawarkan.

Dakwa netizen, pempengaruh terbabit menjanjikan hadiah mewah namun tidak pernah menyatakan tarikh akhir peraduan yang dikatakan.

“Nak tau orang tu jujur ke tak, dia letak due date. Dia ikut date dia dah bagi. Kalau dia drag berkali kali. End up, kalau ada pemenang pun. Dia dah susun kroni dia.

“Sebagai usahawan, buat pilihan yang tepat kalau nak main cabutan bertuah ni. Jangan terikut ikut cara orang lain. Orang yang ada fan base besar ni, kalau silap main pun boleh terciduk,” katanya.

Dalam pada itu, ramai yang bersetuju dengan hantaran pengguna Facebook ini dan pelik masih ada lagi yang percaya taktik marketing yang dilakukan Aisar.

Nasihat min, kalau nak kan sesuatu kena ada usaha. Bukan mengharapkan pada orang lain.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.