in

“Buat 3 kerja nak tanggung gf tapi last last dia curang” – Viral Kes Lelaki Kena ‘Pow’ 1K, Netizen Kongsi Cerita Pernah ‘Terkena’

Burger 460

Baru-baru ini, viral kisah seorang lelaki yang kena ‘pow’ dengan girls gang ketika sambutan hari lahir salah seorang wanita dalam kumpulan tu.

Lelaki itu buka mulut yang sebenarnya dia tak mahu datang sambutan hari lahir itu namun didesak oleh birthday girl. Lepas tu dia pula dipaksa untuk ‘tontong’ sama rata sedangkan dia hanya order burger dan air. Bayangkan, hanya order tu je tapi dia disuruh bayar hampir RM1,000!

Gambarresit

Kalau korang tak pernah dengar pasal cerita tu, bolehlah baca selanjutnya dalam artikel ini.

Cerita itu pada mulanya dikongsikan oleh sebuah portal dan selepas ianya viral, ramai yang DM di Instagram dan berkongsi kisah lebih kurang sama. Jom baca kisah-kisah yang dikongsikan netizen (identiti dirahsiakan):

 

1. Buat 3 kerja untuk tanggung girlfriend, tapi last last…

Salah satu kisah yang menarik perhatian adalah daripada seorang lelaki yang berkongsi tentang pengalamannya melakukan 3 kerja dalam satu masa demi menanggung hidup teman wanita.

Saya pernah buat 3 kerja dalam masa sehari. Pest control, cikgu tuisyen dan jual burger ketika masih belajar (universiti). Saya bercinta dengan seorang gadis selama setahun, bayarkan sewa, pakaian, makan dan pengangkutan.”

TAPI LAST LAST GADIS TU TINGGALKAN DIA, CURANG PULA DENGAN KAWAN LELAKI TU!

Cite1

 

2. “Dia suruh bayar part dia sebab birthday dia”

Kata lelaki ini, bukan setakat gang perempuan tapi bros pun ada yang buat benda sama juga. Sebelum ini dia dijemput oleh seorang gadis untuk datang ke sebuah parti. Bila dah habis majlis tu, gadis berkenaan minta dia bayarkan makanan dia sebab it’s her birthday.

Bila dia dah tolong bayarkan sikit, dia dapat tahu rupanya gadis tu cuma nak ‘test‘ sama ada dia ni boyfriend yang ideal ke tak. What?

Cite2

 

3. Nak kawan semata-mata untuk ambil kesempatan

Masa belajar dulu saya bekerja dan kawan-kawan perempuan saya sama je (perangai) macam perempuan dalam ‘drama’ (viral) tu. Mereka berkawan semata-mata untuk tumpang (kereta) pergi dan balik dari kelas, pergi makan atau pergi jalan-jalan.”

Cite3

 

4. “Nanti aku bayar balik”

Ni pun memang perangai kebanyakan manusia, lagi sakit hati bila orang tu adalah kawan kita! Macam yang dilalui lelaki ini di mana kawan perempuannya akan guna alasan ‘tak ada cash‘ dan suruh dia bayarkan dulu.

Tapi rupanya dia berkawan dengan lelaki tu bila nak pergi restoran je, dekat sekolah tak berkawan pun.

Cite4

 

5. Kalau aku ajak, aku bayar

Mesti korang seronok kalau ada kawan macam ni. Hehe! Kata lelaki ini, dia selalunya tak akan bagi sesiapa bayar bil kalau dia yang ajak keluar makan. Mudah je prinsip hidup dia, “Kalau saya yang ajak keluar, saya akan bayar”.

Cite5

Tak kisah lelaki atau perempuan, ini bukan isu jantina tapi masalah diri masing-masing. Bagi admin senang je, kalau kau taknak atau tak suka kawan buat macam tu dekat kau, kau jangan buat benda yang sama dekat dorang. Easy kan?

Baca: Ajak Celebrate Birthday Walaupun Dah ‘Reject’ Banyak Kali, Lelaki Kena ‘Pow’ Hampir RM 1,000 Walaupun Cuma Makan Burger

Burger

Sumber: Facebook
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB