in

“Bring it on!” – Asyraf Wajdi Sedia Disaman Ibu Bapa, Tegas Buli Di MRSM Takkan Dibiarkan

Asyraf Wajdi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bertegas bahawa tindakan membuang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terlibat dalam kes buli akan diteruskan, walaupun ada ibu bapa yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya dan MARA.

Menurut Asyraf, beliau dimaklumkan ada ibu bapa tidak berpuas hati selepas anak mereka dibuang sekolah kerana kesalahan itu, namun keselamatan majoriti pelajar tetap menjadi keutamaannya.


“Bring it on! Saya lebih pentingkan keselamatan majoriti pelajar berbanding segelintir yang berlagak samseng,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menegaskan, MARA kekal dengan prinsip “You Touch, You Go” bagi memastikan MRSM bebas daripada budaya buli dan menjadi tempat yang selamat untuk semua pelajar.

Artikel berkaitan: “Si pelaku berhijrah ke luar negara” – Dibuli Senior, Doktor Alami Kemurungan Kurung Dalam Bilik Bertahun-tahun

Artikel berkaitan: Selain Zara Qairina, Bekas Guru Dedah Rupanya Ada Kes Buli Lain Di Sekolah Sama?

Screenshot 2025 08 09 145442
Tangkap layar hantaran Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebook.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi memang dikenali tidak berkompromi terhadap isu buli. Baginya, gejala itu bukan identiti MRSM dan akan dibanteras sehingga ke akar umbi.

Beliau pernah menegaskan bahawa MARA menetapkan sasaran “Sifar Buli” di semua MRSM bagi memastikan budaya toksik ini dapat dihapuskan segera.

Katanya, MRSM bukan sekadar pusat akademik, tetapi medan membentuk sahsiah, jati diri dan kepimpinan masa depan negara, dan tidak boleh dicemari oleh perlakuan segelintir pelajar yang merosakkan imej institusi.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.