Admin sampai dah tak tahu dah nak cakap apa lagi. Keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak di Malaysia ni makin menjadi-jadi. Terbaru ia melibatkan seorang budak berusia 3 tahun yang dilaporkan meninggal dunia dekat Hospital Ampang.
‘Boy Tiger’ dan ibu kandung larikan diri naik motor lepas tinggal anak di hospital
Menurut New Straits Times, semuanya bermula apabila ibu kandung, Noraini Saman, 20 dan bapa tiri, Khairul Izaini Khairuddin, 31, atau terkenal dengan nama ‘Boy Tiger’ ni telah membawa budak tersebut ke Hospital Ampang sekitar waktu tengah hari.
![45654805 1526946760782164 219202825706536960 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/11/45654805_1526946760782164_219202825706536960_n.jpg)
Budak itu dikatakan jatuh pengsan dan setelah doktor memeriksanya, terdapat kesan kecederaan dan lebam pada tubuh yang kelihatan agak misteri.
Pun begitu, lepas meninggalkan budak tersebut di hospital, kedua ibu bapa ini dikatakan memecut larikan diri dengan menaiki motosikal Yamaha 125Z berwarna kuning. Aik dah kenapa tinggal anak macam tu je??
Anak disahkan mati, polis buru kedua ibu bapa
Sebaik saja budak tersebut disahkan meninggal dunia, pihak hospital kemudian membuat laporan polis.
![45647069 1526946934115480 8856850093433683968 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/11/45647069_1526946934115480_8856850093433683968_n.jpg)
Susulan itu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmad berkata, pihaknya sedang memburu ibu kandung dan ‘Boy Tiger’ yang disyaki mendera mangsa hingga mengakibatkan kematiannya.
“Bedah siasat akan dijalankan hari ini dan kes ini telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya lagi.
![45722950 1526946890782151 9127681423925313536 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/11/45722950_1526946890782151_9127681423925313536_n.jpg)
Semoga kedua-dua suspek ditemui dan mendapat hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. Al Fatihah…
Baca: Bapa Tiri Rogol Anak Sejak Usia 10 Tahun Sampai Si Gadis Jadi Ketagih Seks