in

Borderland Music Festival Janjikan Pengalaman Muzik Luar Biasa! Ada Will Sparks, Sikdope & Ramai Lagi…

Ft Borderland

Borderland Music Festival yang bakal berlangsung di Coco Cabana, Miri pada 15 & 16 September 2023 nanti bersedia menjadi festival muzik yang lain daripada yang lain dan sebagai salah satu festival muzik yang paling terkenal di Asia dan setaraf dengan festival muzik seperti di Thailand, Singapura dan Indonesia, Borderland Music Festival bakal menampilkan identiti unik rantau ini.

Borderland Music Festival bakal mempersembahkan 14 DJ antarabangsa yang terkenal serta membariskan 30 DJ Asia dan tempatan. Dengan genre yang merangkumi muzik elektronik, house dan techno pengunjung boleh mengharapkan festival yang sangat bertenaga!

Antara yang bakal menarik perhatian semasa acara yang akan berlangsung selama dua hari tersebut termasuklah : 

Will Sparks

Nama Will Sparks bukanlah satu nama yang asing bagi peminat festival muzik di Malaysia. Tahun ini sahaja, ada beberapa festival muzik juga menampilkan DJ yang membawakan muzik bergenre electro house ini. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Will Sparks (@will_sparks)

Mula berkarya sejak berumur 15 tahun, tidak hairanlah mengapa Will Sparks pernah menduduki DJ nombor 1 di Australia dan merupakan salah seorang figura utama dalam scene muzik underground di sana. 

Sparks juga telah membuat penampilan di beberapa festival muzik paling terkemuka di dunia, termasuk Tomorrowland, Electric Daisy Carnival, Parookaville dan Air Beat One. Sparks telah menerima banyak penghargaan atas karyanya, termasuk anugerah “Best Breakthrough Artist” di Inthemix Awards 2013 dan “Best EDM/Dance Release” di Anugerah Muzik ARIA 2014. 

Cesqeaux

185188767 321477896002611 6593183749148318712 N

Cesqeaux mendapat lonjakan yang besar dalam dunia DJ dengan kolaborasi bersama Yellow Claw. Salah satu daripada karyanya adalah Legends, yang sehingga kini menerima lebih 21 juta tontonan di Youtube. 

Selain itu, beliau telah melancarkan banyak lagu solo dan EP, bekerjasama dengan artis terkenal seperti Justin Bieber dan David Guetta, dan tampil di banyak acara berprestij termasuk Tomorrowland Brazil, Tomorrowland Belgium dan Ultra Music Festival!

Moksi

Selepas menyertai label Barong Family milik Yellow Claw, Moksi telah menarik minat para peminat seluruh dunia serta membuat penampilan di festival-festival terkemuka seperti Lollapalooza, Spring Awakening, Parookaville dan banyak lagi. 

295273589 604539924365881 5774369585160751264 N

Antara hits yang terkenal dihasilkan termasuklah Gipsy, Lucky, The Dopest dan banyak lagi. 

SCNDL

Menduduki tangga ke-256 dalam ranking DJ terkemuka seluruh dunia, karya-karya SCNDL telah distrim ulang jutaan kali seluruh dunia dan pemuzik dari Australia ini pernah juga bekolaborasi dengan beberapa artis terbesar dalam arena ini, termasuk Will Sparks, Timmy Trumpet, Deorro, dan Ben Nicky. 

SCNDL telah mengembara ke pelbagai negara dan pastinya penampilan di CocoCabana Miri bakal ditunggu-tunggu oleh peminat dari rantau ini! 

Sikdope

Menghadiri salah satu sekolah muzik terbaik di Poland selama lebih dari 9 tahun telah membolehkan Sikdope menjadi salah seorang pengeluar muzik yang serba boleh. Membawakan genre Bass, House dan Trap, tidak hairanlah mengapa Sikdope dianggap sebagai seorang yang telah membawa muzik EDM ke tahap yang ada sekarang. 

Kalau perasan, Sikdope juga sering berkolaborasi dengan nama-nama besar dalam industri termasuklah David Guetta, Tiesto, Afrojack, Calvin Harris dan ramai lagi lah. 

Ini pulak senarai penuh DJ yang akan buat penampilan di Borderland Music Festival nanti. 

2A51Beb0 0B55 4635 Bba1 0C25F3C655B1

Borderland Music Festival, dengan kerjasama sebuah syarikat teknologi terkemuka yang mengkhususkan e-perdagangan dan sistem pembayaran tanpa tunai, ZCITY memperkenalkan era baru dalam pengalaman festival muzik dengan menawarkan teknologi canggih untuk ‘scan dan bayar’.

Tiket untuk Borderland Music Festival kini tersedia di aplikasi ZCITY, di mana anda boleh memuat turun aplikasi dari APP Store atau Google Playstore. Festival ini menawarkan pelbagai pakej tiket untuk memenuhi keperluan yang berbeza, termasuk pass 2 hari, VIP dan VIP SOFA.

Sekarang ini kalau tengok di laman web Borderland, tiket ‘Early Bird’ dah SOLD OUT. Tapi, korang jangan risau, tiket masih ada dan dijual dengan harga RM588 untuk pass 2 hari.

Selain itu, ada jugak tiket VIP yang dijual pada harga RM788 untuk 2 hari festival. Kelebihan tiket VIP ni nanti pada hari kejadian akan ada ‘lane’ sendiri untuk masuk, tandas VIP dan lain-lain.

Tiket untuk Borderland Music Festival kini tersedia di ZCITY APP kami, di mana anda boleh memuat turun aplikasi dari APP Store atau Google Playstore.

Festival ini menawarkan pelbagai pakej tiket untuk memenuhi pilihan yang berbeza, termasuk pas 2 Hari, VIP dan SOFA VIP. Untuk maklumat lanjut tentang pilihan tiket, barisan lengkap dan kemas kini festival, sila lawati laman web Borderland Music Festival di sini.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook