Bagi mengekang dan mengawal penyebaran virus Covid-19 varian Omicron, kerajaan menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak vaksin Covid-19 atau lebih dikenali sebagai booster shot.
Terkini, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya @Khairykj memuat naik data yang menunjukkan keberkesanan dos penggalak.
Dalam tweet tersebut, Khairy juga menegaskan orang ramai supaya tidak lagi mengikuti mana-mana dakwaan tidak benar atau konspirasi mengenai dos penggalak daripada pihak tertentu.
Reaksi netizen
Nampak gayanya netizen banyak memberikan buah fikiran masing-masing selepas KJ memuat naik tweet kat atas ni. Ada yang menyokong, dan tak kurang juga yang berpandangan negatif. Tapi yang negatif tu min malas lah nak share dengan korang.
Betul, orang yang pernah kena Covid je tahu sakit dia macam mana. Alhamdulillah min tak pernah kena, tapi bila tengok kawan-kawan yang sampai masuk ICU sebab virus ni, min pilih untuk ambik vaksin sebagai ikhtiar hidup.
Booster secara khususnya memang berkesan. Bila bercakap soal vaksin secara am, memang terbukti. Yes, kita still boleh kena covid walaupun dah booster, tapi simptom tu lebih ringan dari kena masuk ICU.
Mungkin iluminati ini lah yang KJ maksudnya sebagai geng konspirasi tu kan. Tak sangka ramai sebenarnya yang percaya dengan teori konspirasi dekat Facebook tu.
Baca: Malaysia Nak Stop Jual Rokok Pada Mereka Yang Lahir Selepas 2005, Ini Yang Korang Kena Tahu