in

“Boleh eh?” – Netizen Terkejut Tengok Lelaki Bangsa Cina Kahwin 2 Wanita Serentak

Untitled Design 82

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan merupakan sesuatu yang diingini oleh ramai orang, malah ada juga yang memilih untuk berpoligami dalam perkahwinan mereka.

Terbaru, tular beberapa gambar yang memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina mengahwini dua orang wanita dalam masa yang sama.


Artikel berkaitan: “Mungkin orang lihat tenang saja” –  Aisyah Hijanah Bersuara Dakwaan Poligami Hanya Marketing

Artikel berkaitan: Pakai T-Shirt Unik, Lelaki Ini Sanggup Belanja RM10K Untuk Teman Isteri Ke Konsert Taylor Swift di Singapura

Menurut sumber, lelaki berkenaan berasal dari Kuching, Sarawak dan dia telah pun berkahwin dengan seorang wanita yang juga berbangsa Cina serta seorang lagi wanita yang difahamkan berasal dari Indonesia.

Dalam laporan yang sama, difahamkan gambar-gambar tersebut dimuat naik oleh restoran di mana majlis mereka itu diadakan, namun selepas mendapat perhatian netizen, restoran berkenaan sudah pun memadam posting tersebut.

“Boleh ke?”

Perkara itu membuatkan ramai netizen yang tertanya-tanya apakah ianya dibenarkan dari sisi undang-undang memandangkan kita biasanya dengar penganut agama Islam sahaja yang berpoligami.

Cats 12

Dalam pada ramai yang mempersoalkan perkara itu, ramai juga yang seakan memuji keberanian lelaki tersebut yang difahamkan seorang pemilik restoran.

Sekali harung je dia kahwin ye!

Sumber: Sin Chew Daily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.