Belon sering dijadikan hiasan ketika sambutan hari jadi sebab digemari oleh kanak-kanak. Kalau orang yang berbakat kreatif pulak, dia boleh pusing-pusing belon tu untuk dijadikan bentuk haiwan.
Namun, siapa sangka belon boleh digunakan untuk menghasilkan kerusi? Buat seorang artis atau pereka dari Korea Selatan ini pula, dia berjaya mereka kerusi yang diperbuat daripada belon dan paling bagus, ia boleh diduduki seperti kerusi kayu biasa kerana tak mudah meletop.
Menurut laman web Next Shark, kerusi belon itu telah direka oleh Yang Seungjin dan ideanya itu bermula pada tahun 2013.
Difahamkan, kerusi dengan rekaan sedemikian itu dihasilkan di mana mula-mula, belon akan ditiup dan dibentuk mengikut bentuk yang diinginkan.
Kemudian, belon tersebut akan disalut dengan epoxy berpigmen dan akan dikeringkan sekitar enam hingga tujuh jam.
Langkah berkenaan akan diulang sebanyak lapan kali dan selepas semua selesai, belon tu akan jadi kukuh dan mampu menampung berat.
Boleh tengok kat sini kalau nak tahu bagaimana proses menghasilkan kerusi belon ini berlaku di belakang tabir.
Seungjin yang merupakan lepasan Universiti Hongik di Korea Selatan dalam jurusan seni berkata dalam satu temu bual dengan media beberapa tahun lepas bahawa dia rasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak ketika menghasilkan kerusi ini walaupun kerja-kerja itu tidak semudah yang disangka.
Kalau dah kreatif tu, guna bahan terbuang pun hasilnya tetap cantik. Kalau min yang buat, mampu tiup belon je la nampaknya.
Sumber: Next Shark, Seungjingyang.com
Baca: 7 Helah Licik IKEA Yang Buat Anda Sanggup Berbelanja Lebih Tanpa Disedari