in

BNM Umum Kadar OPR Dah Naik 2.00%, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu…

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa Kadar Polisi Semalaman (OPR) telah dinaikkan sebanyak 2.00%.


Bank Pusat ini mengatakan kadar siling dan kadar lantai koridor OPR masing-masing juga ditingkatkan kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Apa maksudnya ni?

Min tahu, mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu kadar OPR dan apa kesannya pada kewangan korang selepas ni kan?

Menerusi Facebook, seorang penasihat kewangan telah pun menjelaskan mengenai OPR ini.

Menurut Rahimi, dalam bahasa yang difahami ini bermakna kadar faedah akan dinaikan sebanyak 0.25%.

Jadi, kalau sebelum ini kadar faedah pinjaman adalah sebanyak 3.25, sekarang itu akan meningkat sebanyak 0.25% menjadikan kadar faedah sebanyak 3.5%.

Contoh Loan sekarang ni RM200,000
✅ Interest 3.25%
✅ Tempoh loan 35tahun
✅ Bulanan adalah RM797
KALAU NAIK 0.25%, maka
✅ Interest baru 3.5%
✅ Tempoh loan 35tahun
✅ Bulanan adalah RM 826

Apa kesan kepada kewangan korang?

Jadi, dengan pengumuman ini korang kena alert dengan penambahan bayaran yang korang kena buat sebab kalau korang tak buat pembayaran lebih, ini adalah kemungkinan yang korang akan hadapi:

  • Pinjaman lambat habis
  • Ada kemungkinan jumlah baki pinjaman lebih tinggi dari jumlah asal
  • Berlaku tunggakan dalam CCRIS Bank Negara
  • Tempoh pinjaman bertambah panjang
  • Jumlah pinjaman tak selari dengan perlindungan Takaful dan macam-macam lagi

Untuk pengetahuan korang, biasanya kadar OPR ini meningkat bila ekonomi makin stabil menjadikan kadar dividen, bonus atau pulangan lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya.

So, rancanglah kewangan korang okay?

 

Baca: Bank Negara Dakwa Rakyat Malaysia Tidak Akan Mampu Beli Rumah. Ini Sebabnya…

Rumah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.