in

Bising Bunyi Kuat Masa Akad Nikah, Tok Kadi ‘Sound’ Budak Main Lato-lato

Ft Lato Lato Ganggu Majlis Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lato-lato sekarang ini memang dah jadi trend di Indonesia dan dah merebak sampai ke Malaysia, kita dapat lihat di mana-mana sahaja ramai kanak-kanak sibuk bermain dengan permainan ini.


Kita sendiri dapat lihat bahawa ianya sudah pun dijual di merata-rata tempat, cuma ianya mengundang pelbagai reaksi mengenai permainan ini.

 

“Lato-lato, diam”

Ada pihak menerangkan bahayanya permainan ini, malah dah terjadi berlaku kecederaan kepada pemain kerananya. Bahkan, ada juga negara yang telah mengharamkan permainan ini.

Selain aspek keselamatan, aspek lain juga memainkan peranan penting mengapa ianya menjadi satu kesulitan, bunyinya terlalu bising sampai mengganggu ketenteraman awam.

Buktinya, ia dah terjadi di negara jiran, Indonesia ketika majlis akad nikah menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial.

Dilihat pasangan pengantin tersebut bersedia untuk diijabkabulkan oleh Tok Kadi, namun dapat didengari bunyi lato-lato itu mengganggu kenteraman tempat tersebut sehinggakan Tok Kadi terpaksa bersuara untuk menegur orang yang bermain permainan itu untuk diam.

“Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato, diam… Lato-lato, diam. Saya ulangi, wahai Sutriono bin Taman, saya nikahkan dan kahwinkan…”

Sejurus sahaja teguran itu dibuat, bunyi lato-lato itu terus sunyi dan sesi akad nikah diteruskan. Melihat situasi tersebut, ramai netizen bersetuju dengan tindakan Tok Kadi itu kerana telah mengganggu kelancaran majlis.

Biarpun ada yang anggap ia satu perkara yang melucukan, ada juga yang anggap bahawa pemain itu mungkin kanak-kanak yang tak tahu apa-apa.

Namun begitu, netizen lain berpendapat bahawa penting untuk ibu bapa menjaga anak mereka supaya tidak hilang adab ketika berada di majlis keramaian.

Screenshot 2023 02 07 180422 Screenshot 2023 02 07 180448 Screenshot 2023 02 07 180536

Hurm, harap lepas ni jadikan sebagai pengajaran, sebab bunyi bising tu pun boleh mengganggu orang lain.

Baca : Ini Sebab Mengapa Permainan Lato-Lato Diharamkan Di 3 Negara

F2 Lato2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.