in

Ini Sebab Mengapa Permainan Lato-Lato Diharamkan Di 3 Negara

F2 Lato2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, trending di pelbagai media sosial tentang permainan lato-lato yang popular dalam kalangan kanak-kanak Indonesia. Permainan ini kemudiannya turut tular dalam kalangan kanak-kanak negara kita.


Lato-lato merupakan sejenis permainan yang mempunyai dua ladung atau pemberat yang diikat dengan tali.

Lato-Lato

Ladung-ladung itu perlu dimainkan dengan cara menghayunkannya agar ia bertembung antara satu sama lain.

Namun, apa yang merisaukan ramai wargamaya ialah permainan ini boleh menyebabkan kecederaan pada wajah kanak-kanak jika ia tidak dimainkan atau dihayunkan dengan betul.

Difahamkan, lato-lato ini sebenarnya merupakan permainan kanak-kanak yang telah popular pada sekitar tahun 70-an di banyak negara seperti Kanada dan Amerika Syarikat.

Lato-Lato
Gambar hiasan

Namun, tahukah anda bahawa tak berapa lama kemudian, lato-lato yang juga dikenali sebagai clackers dalam bahasa Inggeris telah diharamkan di Amerika Syarikat dan England?

Menurut laman web Groovy History, permainan ini telah diharamkan di Amerika Syarikat kerana dapat membawa risiko kecederaan kepada kanak-kanak.

Manakala di England pula, ia turut diharamkan kerana dianggap sebagai senjata. Betul jugak tu, kalau dah boleh akibatkan kecederaan, alat mainan pun boleh jadi senjata berbahaya jugak. 

Menariknya lagi, permainan lato-lato juga tidak boleh dimainkan di negara Mesir kerana diharamkan bermula tahun 2017. Ini kerana ia dianggap menghina Abdul Fatah Al-Sisi yang merupakan Presiden negara tersebut.

Walaupun lato-lato ini boleh melatih dan merangsang pergerakan motor, meningkatkan fungsi koordinasi mata dan tangan anak dan mengurangkan ketagihan peranti pintar dalam kalangan kanak-kanak, ia juga mempunyai keburukannya yang tersendiri.

Pemain berisiko terjerut leher, boleh menyebabkan kecederaan pada tangan dan muka dan paling penting, bunyinya sangat bising sehingga boleh mengganggu orang sekeliling.

Jadi, untuk ibu bapa di luar sana, min rasa lebih baik jika korang beli permainan lain je untuk anak korang. Kalau nak main jugak, kena awasi anak-anak dengan lebih berhati-hati la kan supaya tiada kecederaan yang akan berlaku. 

Sumber: Groovy History

Baca: “Jika terkena muka agak berbahaya”- Doktor Beri Nasihat Kepada Individu Yang Nak Main Lato-Lato 

Ft Lato Lato Bahaya

Sumber: Suara.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.