Seutas jam tangan mewah jenama Richard Mille milik anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Ahmad Sahroni dipulangkan selepas dilaporkan dicuri semasa kejadian rusuhan di kediamannya di Jakarta Utara pada Sabtu.
Jam tangan yang dianggarkan bernilai sekitar Rp11.7 bilion (RM3 juta) itu telah diserahkan semula melalui ketua Rukun Tetangga setempat.
Detik-detik pemulangan jam mewah itu dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik akaun Instagram @warungjurnalis.
Artikel berkaitan: Gara-gara Sifatkan Individu Seru Pembubaran DPR ‘Orang Tolol’ , Orang Ramai Serbu Rumah Ahli Politik Indonesia Ini
Artikel berkaitan: “Ada 19 tanah, 28 kereta mewah…” – Ahmad Sahroni Didakwa Lari Ke Singapura Saat Rumah Diserbu Rakyat
Dalam rakaman tersebut, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada remaja yang mengambil jam berkenaan tampil menjelaskan tindakan itu.
“Saya sudah beritahu kepada anak saya, jam ini bukan hak kita. Bapanya juga memberitahu perkara yang sama. Jadi kami pulangkan semula,” kata ibunya.
Mereka juga mengakui tidak mengetahui cara menggunakan jam tangan mewah bernilai jutaan ringgit itu.
“Waktu pegang sahaja jam ini saya sendiri bingung bagaimana cara pemakaiannya,” ujarnya.
View this post on Instagram
Terdahulu, tular di media sosial seorang remaja dilihat mempamerkan jam tangan mewah tersebut yang diambil semasa kejadian pecah rumah wakil rakyat yang turut dikenali sebagai Crazy Rich Tanjung Priok.
Selain jam mewah, antara barangan berharga yang diambil penduduk seperti beg tangan Hermes dan Louis Vuitton, piano besar, figura aksi Iron Man, sijil tanah, sijil kelakuan baik (SKCK), Macbook dan PS5.
Rumah Ahmad Sahroni menjadi sasaran kemarahan warga Indonesia susulan kenyataannya yang menyifatkan warga yang mahu membubarkan DPR RI sebagai “orang paling tolol sedunia”.
Sumber: Astro Awani, Instagram