in

‘Binatang Pun Sayang Anak’ – [Video] Gajah Betina Mengamuk Selepas Anaknya Mati Dilanggar Kereta

Gambar Hiasan 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jelas, kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas dan tak ternilai dengan apa pun. Ini kerana ikatan kasih sayang di antara ibu dengan anaknya telah bermula sejak di dalam rahim lagi. Bukan sahaja manusia, malah binatang turut mempunyai naluri yang sama sebagai ibu.



Pagi tadi, tular mengenai seekor gajah betina ‘naik minyak’ selepas anaknya yang dipercayai berusia antara satu hingga dua tahun mati dilanggar oleh sebuah kereta di Batu 10, Jalan Kota Tinggi – Mersing, Kota Tinggi, Johor.

Menurut Berita Harian, sejurus aduan dilakukan, satu pasukan petugas PERHILITAN dihantar ke lokasi dan ketika pemantauan, beberapa ekor gajah dari Kumpulan Gajah Panti masih berada di sekitar kawasan itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, berkata anak gajah dengan berat sekitar 300 kilogram itu dilanggar kereta dipandu seorang lelaki yang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi ke Mersing.

118438119 3861305703882902 1103561206144003215 O

118459997 3861305607216245 6148442837563619660 N

118400062 3861305633882909 806721723137927785 O

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Isnin, 31 Ogos 2020

Walau bagaimana pun, Salman berkata bahawa pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan namun lokasi kejadian adalah sememangnya kawasan sebagai lokasi gajah melintas iaitu Batu 4 hingga Batu 14, Jalan Kota Tinggi Mersing. Menurut kes sebelum ini, pada tahun lalu seekor gajah juga mati dilanggar di Batu 13 dan seekor lagi pada Mei 2018.

Sehubungan itu, pihak jabatan memohon orang ramai supaya berhati-hati melalui jalan tersebut dan tidak melakukan tindakan provokasi terhadap gajah tersebut.

 

Baca: “Jangan bunyikan hon”  [VIDEO] Gajah Mengamuk Sampai Pijak Kereta Lepas Kena ‘Ganggu’ Pemandu Di Gerik

1Q

Sumber: PERHILITAN
Sumber: PERHILITAN
Sumber: PERHILITAN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.