in

“Bila nak ada dekat sini” – Merelakan Tubuh Dipukul Untuk Orang Lepas Geram, Kerjaya Yang Semakin Popular Di Jepun

Ft Akira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ada tak kawan atau kekasih yang suka lepaskan geram dengan memukul badan korang? Kalau ada korang dah boleh buat business dah kepada orang-orang yang suka lepas geram ni.


Perniagaan ni boleh buat duit tau!

Macam dekat Jepun seorang bekas peninju yang bernama Akira Hareruya, 50, menjadikan tubuhnya sebagai tempat untuk melepaskan geram dan tekanan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja di sana.

Akira mengenakan bayaran sebanyak 1,000 yen (RM39)  seminit bagi sesiapa yang berminat untuk memukulnya. Ha belasah la cukup-cukup dalam masa seminit tu.

 

Capture 5 4

Walaupun Akira merupakan bekas peninju kickboxing, namun dia tetap menjaga keselamatannya dengan mengenakan pelindung diri apabila berhadapan dengan si pemukul.

Trend yang dikenali sebagai Nagurareya itu diasaskan oleh Akira dan sudah popular dalam kalangan masyarakat di daerah Kabukicho, Shinjuku sejak 10 tahun yang lalu.

 

Bermula dengan hutang

Akira memperkenalkan Nagurareya iaitu aktiviti memukul orang secara bebas untuk menghilangkan tekanan, selepas dia dibebani hutang sebanyak 200 juta yen (RM7.8 juta) setelah bersara lapor Harian Metro. 

Melihat perniagaan tersebut yang mendatangkan hasil lumayan, ramai peninju dikatakan turut menceburi bidang ini.

Capture 1 2 5

Sekurang-kurang seramai 40 orang pelanggan yang akan memukul Akira dalam masa sehari dan hasilnya, dia berjaya mengutip sekurang-kurangnya 40,000 yen (RM1,569) dalam tempoh 24 jam. Apa lah rasa sampai kena pukul dengan 40 orang?

Yang menariknya, pelanggan Akira kebanyakkannya terdiri daripada wanita yang bekerja di pejabat.

Tapi bukan senang kerja ni. Menurut Akira dia terpaksa berlakon sebagai ‘orang bodoh’ dan tidak melawan apabila dibelasah oleh pelanggan mereka.

“Ibaratnya kita mesti menjadi orang bodoh yang membolehkan lawan memukul kita

Menurut seorang peninju lagi yang dikenali sebagai Inoue, taktik tersebut digunakan bagi membolehkan pihak lawan berasa puas apabila dapat membelasah mereka.

Dekat sini tak ada sesiapa nak mula dulu ke? Macam teringin je nak try…

 

Baca : Unik, Jepun Guna 5 Design Sticker Ini Di Kereta Untuk Label Pemandu

Capture 5 3

Sumber: Harian Metro
Sumber: Tribun News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.