Korang pernah dengar tak masalah rumah tangga yang berlaku disebabkan suami tidak memberi nafkah kepada isteri?
Hah kalau pernah, ni admin nak share kisah yang lebih kurang sama.
Baru-baru ni, seorang wanita telah berkongsi kisah hidupnya di laman Facebook Kisah Rumah Tangga mengenai suaminya yang kedekut serta tidak memberi nafkah kepada dirinya dan hanya melebihkan ibunya sahaja.
https://www.facebook.com/ORIGINAL.KRT.MY/posts/550497099006297
Menurut wanita berkenaan, sebelum ini dia bekerja dan meraih pendapatan lebih kurang RM6000 dan berhenti kerja apabila diminta oleh suaminya.
Wanita yang mempunyai 2 orang cahaya mata itu juga merupakan seorang yang mempunyai Ijazah Sarjana (Master).
Suami kerja hebat. Earned 5 angka. Sepanjang berkahwin takda duit belanja diberikan pada saya. Sesen sangat berkira. Saya stress sampai meroyan sebab dulu saya yang cantik, kemas dan bergaya sekarang jadi selekeh, sememeh dan buruk. Takda self confidence.
Apa yang menambahkan wanita ini menjadi lebih stress adalah apabila dia mendapati suaminya itu melebihkan ibunya daripada dia sebagai isteri.
Dia turut berkata ibu mertuanya pernah memarahinya kerana selalu meminta duit kepada suami dan menuduhnya inginkan kemewahan sahaja.
Ada access Mybank2u suami
Tambah wanita ini, dia mempunyai access Maybank2u suaminya dan melihat secara senyap-senyap bahawa suaminya sering memberi wang kepada ibu mertua wanita tersebut sehingga berjumlah RM2000. Tapi dia tak dapat apa-apa.
Dengan penuh kehampaan wanita ini terus meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan suaminya yang tidak berlaku adil dan juga kedekut.
Rata-rata netizen menyokong wanita ini dan berpendapat supaya dia kembali bekerja dan mencari wang sendiri daripada terus-menerus mengharapkan nafkah dari suami yang kemungkinan tidak dapat.
Admin rasa puan ni perlu ke pejabat agama terdekat untuk meminta nasihat daripada mereka tentang jalan terbaik menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga yang baik-baik sahaja untuk puan dan keluarga.
Baca: “Dia yang cetus kontroversi ini” – Rihana ‘Demand’ Rumah Agam RM41 Juta & Nafkah RM123 Ribu Sebulan