Terpanggil dengan isu dan kontroversi tersebut, pelakon Zarina Zainuddin menasihatkan Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop berdamai dan perbaiki hubungan mereka.
Kata Zarina, ia berdasarkan pengalamannya yang sebelum ini pernah ‘dingin’ dengan arwah ibu sendiri dan tidak meluangkan cukup masa dengannya, oleh itu kini dia akui menyesal apabila mengenangkannya semula.
Artikel berkaitan : “Kalau I p*g, anak I tu?” – Ibu Anna Jobling ‘Sound’ Netizen Biadap, Panggil Dirinya Kh*nzir
Artikel berkaitan : “To be honest aunty tak tau” – Ibu Nafi Anna Jobling Sebarkan Video Haneesya Di Kelab
“Bila mak dah tak ada esok menyesal pun tak berguna”
Pesan Zarina, seandainya kemelut ini berlarutan dan ibu sudah meninggal dunia kelak, menyesal pun tiada guna.
“Jangan jadi seperti saya asyik gaduh je sebab saya sakit hati kenapa kecil-kecil mak saya tak jaga saya dah besar baru cari. Last-last mak dah tak ada saya rasa rugi tak spend betul-betul masa dengan dia.”
Zarina turut mendoakan agar Anna Jobling berbaik dengan ibunya sambil berharap agar tidak ada campur tangan orang luar dalam hal kekeluargaan mereka.
Zarina turut menitipkan pesanan bahawa seorang ibu tetap ibu biarpun siapa pun dia dan doa ibu adalah sangat mustajab untuk rezeki anak mereka.
Sumber : Gempak