in

“Biaya anak sekolah konon”- Lelaki Tergamak Jual Isteri RM586 Di Media Sosial Untuk Di ‘Ratah’, Rupanya Isteri Pun Onz!

Featured 17

Kadang-kadang tak faham dengan orang zaman sekarang ni!

Macam apa yang berlaku di Surabaya, Indonesia apabila seorang lelaki tergamak menjual isteri yang dikahwininya selama 12 tahun untuk berikan perkhidmatan threesome.

Motif? Kata lelaki ini yang dikenali sebagai M Amin Santoso ialah akibat masalah kewangan yang membelenggu mereka sekeluarga, lapor Detiknews.

1 6
Sumber : detiknews

Amin yang bekerja sebagai pengangkat barang mendakwa yang gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga lebih-lebih lagi untuk membiayai anak-anaknya yang bersekolah.

Untuk biaya perbelanjaan sekolah dua anak saya, biasanya dapat bantuan, tapi sudah tidak lagi. Bekerja sebagai buruh hanya dapat 50 ribu rupiah sehari (RM14.60).”- Amin

Amin yang berasal dari Sukomanunggal mengaku gelap mata dan berasa teruja selepas ditawarkan 2 juta rupiah (kira-kira RM585) bagi perkhidmatan ‘istimewa’ isterinya.

3 4
Sumber : detiknews

Malah isteri juga mengaku melakukan ‘threesome’ selepas ditawarkan wang yang banyak itu.

Cuma teringin duitnya sahaja.”– Isteri

Wanita itu bagaimanapun tidak dapat menjawab ketika ditanya bagaimana dia melakukan perbuatan tersebut.

Amin kini bakal didakwa di bawah Undang-Undang Pemerdagangan Manusia manakala isterinya dibebaskan.

 

Sebab duit apa pun orang sanggup buat kan!

Baca : Saja je nak viral ni Lelaki Bagi Hantaran Toyota Fortuner Dekat Isteri, Rupa-rupanya Kereta Curi?

Fortuner