in

“Biar dia enjoy sukan yang dia suka” – Menteri Sarawak Tak Mahu Pandalela Dimanjakan Dengan Pangkat ‘Datuk’

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, penerjun negara Pandalela Rinong telah mengharumkan nama Malaysia selepas berjaya memenangi pingat emas pertama untuk negara kita pada Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Jepun.


Kemenangannya ini ternyata menggembirakan kesemua rakyat Malaysia dan Pandalela sendiri yang mengaku kejayaannya itu adalah satu keajaiban.

Namun Menteri Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah meluahkan kebimbangannya jika atlet negara mendapat ganjaran terlalu banyak.

Menurut The Borneo Post, menteri tersebut berkata begitu kerana menjawab pertanyaan media mengenai ganjaran yang akan diberikan oleh Sarawak kepada penerjun negara ini selepas berjaya mencipta sejarah memenangi pingat emas dalam kejohanan tersebut.

195E

Ini kerana jika kita asyik fikir untuk bagi ganjaran setiap kali seseorang dapat pingat emas atau kemahsyuran, ia bukan satu perkara yang baik. Tambahan lagi, atlet sukakan sukan yang mereka buat.”

Bagaimanapun, Karim memberi jaminan yang Sarawak akan berikan hadiah untuk Pandalela atas kejayaannya itu.

Tambahnya, dia telah menerima beberapa panggilan telefon menanyakan jika kerajaan negeri akan berikan Pandalela gelaran ‘Datuk’ kerana berjaya memenangi pingat emas.

A7F7

Jawapan saya, dia baru berusia 28 tahun dan kita tak patut manjakan dia. Boleh tak awak bayangkan orang ada pangkat Datuk di umur 20-an. Sukar untuk dia berinteraksi di luar.

“Maksud saya, biarlah Pandalela enjoy dengan kehidupannya dulu. Sumbangan wang dari kerajaan negeri akan diberikan tapi kita tak nak fokuskan perkara tu sangat. Kita nak dia harumkan lagi nama kita dan enjoy dengan sukan yang dia suka.”

Menteri ini juga turut mengucapkan tahniah kepada Pandalela dan mengharapkan agar kejayaannya ini dapat menarik minat ramai lagi anak muda untuk sertai sukan air.

 

Baca: “Tahniah!!” – Chef Malaysia Raih Pingat Emas Di Ireland Lepas Berjaya Tawan Hati Juri Dengan Resepi Nasi Lemak

Feature Image Nasi Lemak 758X399 1

Sumber: FINA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.