in

“Biar betul!” – Netizen Terkejut Restoran Tawar Gaji RM3,000 Kerja Cuci Pinggan

Ft Kedai Gaji Rm3K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai di antara kita yang setuju apabila bercakap mengenai industri makanan dan minuman (F&B) adalah salah satu industri pekerjaan yang sangat memenatkan, ini kerana syif yang tidak menentu dan juga kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal.


Kebiasaannya, gaji yang ditawarkan adalah dalam lingkungan RM1,500 ke RM2,000 sebagai tawaran permulaan dengan kenaikkan tahunan. Tapi korang tahu tak sebenarnya ada tempat F&B yang tawar gaji lebih tinggi?

Baru-baru ini telah tular sebuah posting di Facebook mengenai sebuah restoran yang akan di buka di Pavillion Kuala Lumpur telah menarik perhatian netizen.

Haa? RM3,000 gaji basic?!

You give dishwasher 3k monthly salary? Hello my boss only gimme xxxx per month ?Reporter Little Coffee Hamster

Posted by Malaysia Shopping Mall on Tuesday, December 27, 2022

“Gaji pencuci pinggan RM3k sebulan? Helo boss saya pun bagi RMxxx je sebulan,” tulisnya di kapsyen gambar berkenaan.

Posting tersebut menunjukkan bahawa restoran berkenaan sedang mencari pekerja sempena pembukaan kedai tersebut dan memaparkan tawaran gaji bagi setiap jawatan kerja yang tertera.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah, tawaran gaji permulaan bagi jawatan ‘pencuci pinggan’ bermula pada RM3,000 sebulan! Fuhhh bukan biasa-biasa gaji dia ni..

Difahamkan restoran yang bernama ‘Tai Er’ tersebut adalah sebuah Chinese Cuisine Restaurant yang akan membuka cawangan pertamanya di Malaysia.

Akan dibuka Disember ini?!

322487128 1183662659020969 7914831523762753938 N

Dikhabarkan, restoran tersebut akan dibuka pada Disember ini dan sedang membuka beberapa jawatan kosong termasuk pengurus restoran, ketua tukang masak, penolong pengurus, kru restoran dan juga pencuci pinggan.

Restoran ‘Tai Er’ yang baru sahaja dibuka di Singapura, tahun lalu telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat di sana, lapor ViralCham!

“Boleh bayang tak harga makanan dekat situ?” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan tawaran gaji daripada restoran berkenaan dan ada juga yang memberitahu bahawa gaji yang diberikan setimpal untuk individu yang berkerja di dalam industri berkenaan.

Screenshot 2022 12 29 154742

Sumber : ViralCham!, Facebook (Malaysia Shopping Mall)

Pehh gaji dia memang mengancam habis!! So korang macam mana? Berminat ke nak try apply?

Baca : Viral Video Tikus Jamah Ayam Goreng Di Kedai Makan, Restoran Di Pandan Indah Diarah Tutup 14 Hari

F2 Rat Hpdkm 758X399 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.