Setelah spekulasi berkenaan pengurus peribadinya dipecat menjadi bualan warganet, penyanyi popular, Aina Abdul telah tampil untuk menyangkal tuduhan kononnya berlaku perselisihan faham sehingga dia terpaksa memecat pengurusnya itu.
Menurut Aina, keputusan bekas pengurusnya itu meletakkan jawatan pada bulan lalu adalah atas keputusan yang dibuat oleh tuan badan sendiri.
https://www.instagram.com/p/Cq5DVnvv38K/
“Jujur saya katakan, saya tak pernah singkirkan dia. Sesiapa yang keluar dari pasukan kami itu ada keputusan mereka sendiri.”
“Dia ada sebab tersendiri berbuat demikian dan sewajarnya punca dia berhenti ditanya sendiri kepadanya,” jelasnya.
Aina turut memberitahu, perkara tersebut berlaku dengan pantas serta dia tidak berani untuk mengulas lanjut kerana ia terlalu peribadi dan mempunyai isu dalaman.
Pada masa yang sama, Aina berkata, walaupun dia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan profesional namun, dia tidak mempunyai sebab untuk bermasam muka dengan bekas pengurusnya itu.
https://www.instagram.com/p/CqxSPAbOeTl/
Tambahan pula, dia sudah bekerjasama sejak 2019 serta tidak mempunyai sebarang masalah jika bertembung di mana-mana acara.
“Memanglah sedih atas apa yang berlaku. Namun, saya percaya rezeki untuk kami bekerjasa setakat ini sahaja.”
Terdahulu, konflik antara Aina dan bekas pengurusnya itu mula timbul apabila mereka dilihat tidak lagi bersama dalam beberapa majlis sebelum ini selain penyanyi itu menukar nombor telefon pihak pengurusannya di laman sosial.
Sekadar info tambahan, Aina memberitahu dia akan menjadi seorang juri yang tegas dan berterus-terang apabila berada di meja juri program BS5 yang bakal bersiaran tidak lama lagi.
Jadi apakah cerita sebenar? Biar hanya Aina dan bekas pengurusnya sahaja yang tahu…
Baca : Aina Abdul Belanja RM85K Untuk AJL37, Awan Putih Terapung Rupanya Kenang Arwah Bapa