in

“Betullah ramai yg takde kerja sbb PKP”- [VIDEO] Ratusan Orang Beratur Untuk ‘Walk-in Interview’ Di Perak

2Iv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan pada suku pertama tahun ini, banyak syarikat-syarikat yang terpaksa gulung tikar. Ini bermakna ramai juga dalam kalangan kita yang dibuang kerja dan menganggur. Perkara ini memang menjadi realiti yang tidak boleh disorok lagi.


Untuk keluar dari kepompong pengangguran, ramai yang terpaksa melakukan pelbagai kerja. Malahan, ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya untuk menghadiri temuduga kerja. Cuba korang tengok berapa ramai yang beratur dalam video @daddysado20 kat bawah ni.

Panjang betul beratur!

Kalau tengok video tu, memang nampak ramai orang beratur. Admin pun tak pasti dari pukul berapa dorang semua tu start beratur. Harap ada peluang kerja untuk yang beratur tu.

Screenshot 2020 09 26 At 12.01.51 PmAdmin pun rasa sayu tengok dorang beratur panjang macam tu. Tahniah diucapkan sebab tak berputus asa dan semoga dipermudahkan segala urusan semuanya.

Screenshot 2020 09 26 At 12.02.01 PmBetul, setiap kali jatuh, kita kena bangun. Kalau dapat tu kira ada rezeki, kalau tak dapat tu, mungkin rezeki yang lebih elok ada kat tempat lain.

Screenshot 2020 09 26 At 12.03.34 PmAdmin pun doakan semua yang beratur tu dipermudahkan urusan untuk dapat kerja. Tak kisah lah dapat kat situ atau tempat lain. Rezeki tak pernah salah alamat. Semangat tu jangan pernah padam ye. 

 

Baca: “The power of kucing” – Lelaki Ni Dah Dua Bulan Menganggur, Lepas Beli Makanan Untuk Kucing Terus Dapat Interview Kerja

Screenshot 2020 09 26 At 12.06.05 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.