in

Betul Ke Sharifah Sakinah dan Awal Ashaari Pakai Barang Adidas Fake?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fuh panas betul pagi-pagi dah ada kes orang mengamuk kat Instagram!


Selebriti serba-boleh, Sharifah Sakinah dikatakan tak puas hati bila dituduh oleh sebuah akaun Instagram yang mengatakan dia membeli barangan fake Adidas.

Ish, takkanlah artis pun beli barang ciplak? Takkan tak ada duit kan?

“Macam mana ‘seorang pakar’ menilai keaslian sesuatu produk hanya berdasarkan gambar?”

Dalam salah satu postingnya, Sakinah bertanya kepada akaun berkenaan macam mana diorang tau produk tu fake ke original?

Yelah, kalau dah kena tuduh macam tu sekali mestilah dia nak tanu. Lagipun, dia pun seorang selebriti jadi mestilah kena jaga imej kan?

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

“Macam mana ‘seorang pakar’ menilai keaslian sesuatu produk hanya berdasarkan gambar?

“Ok, saya bukan nak jadi angkuh dan sebagainya tapi saya pun tak tahu, apa kriteria yang menyebabkan sesuatu kasut itu dikatakan ciplak. Yang peliknya bukan saya beli dari mana-mana pihak ketiga jadi adakah itu bermakna HQ Adidas sendiri bagi saya kasut yang tak asli?”

Walaupun gambar asal tu dah tak ada dalam Instagram mereka, akaun ni membalas balik dengan mengatakan menyokong barangan ciplak itu adalah satu perkara yang tak beretika.

Sumber: Instagram

Dikatakan akaun ni pernah dipadamkan sebelum ni, tapi nampaknya dah aktif semula. Dan ia bukan kali pertama akaun berkenaan dedahkan identiti selebriti yang pakai barangan fake berjenama. Oops!

 

“Kalau cakap begini, kata artis berlagak. Dah ada arrangement untuk kitorang. Ko nak kitorang buat macam mana?”

Seorang lagi selebriti yang juga duta Adidas Malaysia, Awal Ashaari rupanya turut jadi mangsa perli akaun berkenaan.

Dalam beberapa video di Instagram Stories Awal, dia juga sempat terangkan mengenai kasut yang dikatakan fake tu dan upload gambar resit pembelian kasut-kasut Adidasnya sendiri.

Sumber: Instagram

Memetik kenyataan Awal dalam video-video tu:

“Untuk Adidas ambassador, dah ada location, dah disediakan. Sebab kitorang influencers. Ko faham ke tak? Kalau cakap begini, kata artis berlagak. Dah ada arrangement untuk kitorang. Ko nak kitorang buat macam mana?

“Ingat jadi ambassador ni boleh senang-senang pergi kedai Adidas ambil kasut sesuka hati? Kitorang dah disign (kontrak), dah dapat ambassadorship fee. Kalau nak beli kasut benda-benda macam tu, kenalah beli, gila!”

Sumber: Instagram

Sebenarnya, Awal dan Sakinah bukanlah the only Adidas ambassador kat Malaysia. Ada je ramai lagi. Cuma kebetulan mereka yang menjadi mangsa tuduhan buat masa ni.

Isu beli barangan berjenama sama ada ciplak atau original ni takkan pernah habis kalau masing-masing tetap tak nak beralah dan keras kepala. Apa-apa pun, tepuk dada dan tanya diri sendiri sama ada kita ni mampu ke tak nak beli.

Baca: Kena Kecam Sebab Tegur Orang Pakai Telekung Fake Untuk Solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.