in

“Betul ke hisap pod boleh effect dekat tonsil?” -Lelaki Ni Kongsi Kos Pembedahan Cecah Hampir RM20K Sebab Bengkak Tonsil Tapi…

Feature Image Tonsil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ni, penggunaan pod memang menjadi pilihan ramai kerana ia dikatakan kurang berbahaya berbanding rokok.


Namun, baru-baru ni seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Wan Muhammad Amirul telah berkongsi pengalamannya yang terpaksa melakukan pembedahan di bahagian tonsilnya kerana bengkak akibat pod. Aik betul ke?

Betul kah penggunaan rokok elektronik seperti vape/caliburn @ pod adalah lebih bahaya daripada rokok?Jawapan sy ialah…

Posted by Wan Muhamad Amirul on Sunday, October 27, 2019

Menurutnya dia yang baru sahaja menjalani pembedahan beberapa hari lepas, percaya bahawa tonsilnya itu bengkak kerana berpunca daripada wap air pod.

Tambahnya lagi, dia mula mengambil pod apabila ingin berhenti daripada merokok.

“Dari pengalaman diri saya sendiri, saya mengambil jalan mudah untuk berhenti merokok dengan menggantikan rokok kepada rokok elektronik ni.”

“3 bulan sebelum ini, memang terlalu kerap saya menghisap vape/caliburn.” katanya.

Dia turut berkata dimana punca utama kepda masalah tonsilnya itu ada lah disebabkan kuman yang membiak di kawasan berkenaan akibat cecair pod. Sebab apa kuman membiak?

“Pendapat saya, cecair atau flavour vape/caliburn ni lah punca tonsil membesar dan menghasilkan kuman sekaligus menyebabkan ketumbuhan didalam hidung.”

Amirul turut percaya bahawa pod bukan lah jalan mudah untuk berhenti merokok kerana ia juga perlu bergantung dengan antibodi badan seseorang.

“bukan saya nak menggalakkan merokok itu lebih baik dari vape atau caliburn, tapi ia bergantung kepada diri masing-masing.”

Lelaki ini turut berkongsi kos pembedahan yang di tanggungnya. Kos tersebut mencecah hampir RM20 ribu ringgit.

Bil Tonsil
Sumber: facebook

Namun begitu, perkongsian lelaki ini mengenai tonsilnya yang membengkak akibat pod telah menerima kritikan daripada netizen. Rata-rata netizen tidak bersetuju bahawa punca utama kepada bengkaknya tonsil adalah disebabkan pod.

“Penyakit tu memang dah ada sejak kau hisap rokok!”

Marah Vape 1
Sumber: facebook

“Nak famous ke?”

Marah Vape 2
Sumber: facebook

“Bukan kau je, budak-budak pun boleh kena tonsil”

Marah Vape 3
Sumber: facebook

Namun lelaki ini tidak cepat melatah dan turut menyatakan bahawa itu adalah pendiriannya sahaja dan berkongsi mengenai perkara itu kerana ingin sesiapa yang menggunakan pod lebih berhati-hati.

Wowwww, femes meta2 ?Nukilan di bawah hanya sekadar berkongsi dgn kawan2 dlm fesbuk ni jeeeww ?. Tak tahu pulak, ramai…

Posted by Wan Muhamad Amirul on Sunday, October 27, 2019

Okay, admin harap korang pun jangan lah kecam dia sangat. Niatnya cuma nak berkongsi je. Apa pun yang penting korang kena jaga kesihatan ye.

 

Baca: “Bateri ada 41% lagi..” – Tak Sedar Tertelan AirPods, Lelaki Terkejut Alat Masih Berfungsi Lepas Keluar Waktu Buang Air Besar

Cape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.