in

“Better buat je swab test” – Ramai Marah Kerajaan Tak Wajibkan Pelajar Yang Mahu Kembali ke Kampus Untuk Buat Ujian Covid-19

F2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pelajar universiti yang ingin kembali ke kampus atau pelajar yang tinggal di asrama tidak diwajibkan untuk membuat ujian saringan Covid-19, lapor Astro AWANI.


Covid 7

Dalam sidang media menteri tersebut, difahamkan hanya pelajar yang bergejala sahaja yang perlu menjalani ujian saringan swab test terbabit.

Namun, ramai netizen dilihat tidak bersetuju dengan keputusan tersebut sebab sekarang ni ramai yang positif virus korona namun tidak menunjukkan sebarang gejala. Keputusan terbabit telah dihentam teruk oleh netizen di Twitter.

Covid 1

Difahamkan, kalau ujian Covid-19 tidak diwajibkan sebelum balik ke kampus universiti atau asrama masing-masing, ramai risau kalau perkara yang berlaku lepas Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lalu iaitu kenaikan kes positif Covid-19 akan berulang kembali. Betul jugak tu, ramai yang tak bergejala sekarang ni kan.

Covid 2

Covid 4

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa mungkin kerajaan tak wajibkan pelajar untuk buat swab test sebab taknak bebankan pelajar dengan kos ujian tersebut. Ada betulnya jugak tu, harga swab test pun bukannya murah kan. 

Covid 3

Selain itu, untuk memudahkan kerja semua orang, ada juga yang mencadangkan agar kos ujian saringan Covid-19 tersebut ditanggung oleh pihak universiti dengan menggunakan yuran pengajian yang dibayar oleh pelajar.

Covid 5

Jadi, apa pendapat korang? Yang paling penting, jangan sampai pisang berbuah dua kali. 

Baca: UUM Kedah Tutup Kampus Lepas Pelajar Dari Sabah Disahkan Positif Covid-19 

Covid

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.