Sindrom Tourette adalah gangguan saraf yang menyebabkan penghidap mengalami tics iaitu pergerakan berulang atau pertuturan yang di luar kawalan. Kondisi ini biasanya dihidapi oleh kanak-kanak antara umur 2–15 dan ia lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki.
Sehingga kini, punca sebenar sindrom Tourette masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian mengenai punca sindrom tersebut;
- Gangguan gen yang diturunkan daripada ibu bapa
- Keabnormalan dalam bahan kimia otak (neurotransmitter) dan dalam struktur atau fungsi ganglia basal, bahagian otak yang mengawal pergerakan badan
- Gangguan yang dialami oleh ibu semasa mengandung atau semasa bersalin, seperti tekanan semasa hamil atau bayi yang dilahirkan dengan berat lahir di bawah normal (pra-matang).
Sindrom ini menyebabkan penghidapnya melakukan pergerakan diluar kawalan
Seorang pengguna TikTok @fik.03 merupakan penghidap sindrom tersebut dan dia sentiasa berkongsi kesusahan serta bagaimana rutin hariannya dipengaruhi kondisi tersebut.
Baru-baru ini, dia memuat naik video bagaimana dia menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim yang menghidapi sindrom tersebut.
@fikz.03 NOT FAKE❗️🤬 #tourettesyndrome #tourettesyndromemalaysia #fikriTS #awareness #Fyp #foryoupage #Raya #ramadan
Video tersebut menarik perhatian netizen kerana dia menunjukkan bagaimana dia ingin ‘khusyuk’ dalam solatnya walaupun ‘diganggu’ oleh tics.
“Pahala bonus untuk dia”
Rata-rata netizen memuji pemuda itu dan mengagumi usahanya untuk melakukan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Dalam pada itu, pemuda tersebut juga berkongsi tujuannya memuat naik content sebegitu untuk menyebarkan kesedaran mengenai sindrom tersebut.
Respek!