Sindrom Tourette adalah penyakit yang membuatkan penghidapnya melakukan tic iaitu pergerakan atau ucapan yang dilakukan berulang kali. Keadaan ini biasanya berlaku pada usia 2 hingga 15 tahun dan kebanyakkan berlaku pada golongan lelaki.
Dalam perkongsian @amriharun_, dia telah memuat naik satu video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan dia sedang makan gula-gula masam sambil sebelah matanya berkelip-kelip.
@amriharun_ #stitch with @🌵 akhirnya setelah lama hidup. Baru tahu diri ini tak sendirian😂 salam dari malaysia
“Dah jumpa kembar”
Amri Harun atau Amri merupakan salah seorang penghidap Tourette telah menunjukkan bagimana sebelah matanya akan berkelip selepas mengunyah gula-gula. Bagaimanapun, dia telah menemui video seorang wanita dari Indonesia yang mempunyai sindrom yang sama sepertinya.
Amri juga berkata pada ruangan komen bahawa sebelah matanya akan berkelip jika rahangnya bergerak contohnya semasa mengunyah makanan. Mesti orang ingat nak usha awek…
Dia sangat teruja kerana bukan dia seorang sahaja yang mempunyai sindrom itu hal ini kerana sindrom seperti ini jarang ditemui. Nak dikatakan dalam seribu orang hanya sepuluh orang sahaja yang hidap sindrom Tourette itu.
“Ramai juga geng dia”
Video yang dimuat naik oleh Amri telah mendapat lebih daripada 200 ribu tontonan di Tiktok sehingga kini. Beberapa netizen juga berkongsi kisah mereka di ruangan komen tentang penyakit ini.
Sindrom Tourette pada Amri tidaklah begitu serious kerana tidak melibatkan pergerakan tubuh yang lain hanya matanya sahaja yang berkelip.
Sesiapa yang ada penyakit macam ni korang jangan la insecure dengan diri sendiri sebab ramai je geng korang.