in

“Beruk kesayangan adik juga rentung” – Tak Sempat Bawa Keluar Barang Berharga, Rumah Rentung Dijilat Api

Kebakaran0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkara yang ditunggu-tunggu kebanyakan warga emas ialah sebuah kediaman di mana mereka boleh merehatkan diri dengan tenang setelah pencen.


Berhabis banyak wang untuk membina, membaik pulih rumah supaya ia selesa diduduki dan dikunjungi.

Namun hasrat sepasang warga emas ini terbantut kerana rumah mereka yang hampir siap diubah suai rentung terbakar.

Rumah pasangan Hassan Ali, 70 tahun, dan Rosna Ismail, 60 tahun, yang terletak di Kampung Perawah, Padang Besar, terbakar hampir 90 peratus!

 

Lebih menyayat hati, rumah yang diubahsuai hasil bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu sudah 80 peratus siap.Lapor Harian Metro

 

Ketika kejadian, pasangan warga emas tersebut bersama anak perempuan serta anaknya sedang masak kuih di dapur untuk dibuat barang jualan. Namun mereka tak menyedari terdapat kebakaran di kotak suiz utama.

Kebakaran1

Salah seorang anak mangsa, Roszaliza Hassan berusia 39 tahun berkata,

“Kebakaran hanya disedari apabila seorang pelanggan yang ke rumah mereka memaklumkan ternampak api pada kotak suis utama sebelum merebak ke seluruh bahagian atas rumah.”

“Apabila ayah naik ke ruangan atas, api sudah marak dan dia nekad terjun ke halaman rumah untuk menyelamatkan diri.”

Kemudian, mereka yang masih di dalam rumah juga bertindak keluar dalam keadaan sehelai sepinggang kerana api marak dengan cepat.

“Mereka tidak sempat menyelamatkan barangan berharga, malah wang simpanan adik lelaki berjumlah RM2,000 hangus.”

 

Lebih menyedihkan beruk kesayangan adik juga turut rentung.”

 

Buat sementara waktu, kesemua mereka menumpang di surau Kampung Perawah.

 

Rumah terbakar 90 peratus

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran dengan kekuatan 13 anggota.

Kebakaran4

“Tiga jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan kenderaan pacuan empat roda turut dikerahkan ke tempat kejadian.”

“Api terkawal sepenuhnya pada jam 7.48 malam, dan kediaman itu musnah 90 peratus, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.”

 

Dahlah musim wabak, keluarga pula ditimpa ujian sebegini. Semoga dipermudah urusan mereka.

 

Baca : BAHAYA! Alza Terbakar Angkara Power Bank Yang Meletup Akibat Cuaca Panas

Kebakaran

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.